Adbox

Friday 16 December 2022

9 Nasihat Perkahwinan Yang Luar Biasa

December 16, 2022

Gambar adalah hiasan semata-mata


 9 Nasihat Perkahwinan Yang Luar Biasa


Pengalaman mengajar kita sesuatu. Misalannya orang yang pernah mendirikan berumahtangga tentunya lebih faham selok belok perkahwinan apabila dia mendirikan rumahtangga buat kali kedua.


Dari satu perkongsian yang viral, Karen Lodato, pemilik blog eightrising.com dengan rendah hati telah berkongsi beberapa nasihat untuk para isteri yang inginkan pernikahan kekal selama dan bahagia. Sedangkan dirinya sendiri sudah mendirikan dua kali buat kali kedua dan menemui kematangan dalam perkahwinan. Kerana pengalamannya itulah, Karen berkongsi nasihat berharga untuk para isteri manfaatkan.


1. Hormati Suami Kita


Keperluan terbesar seorang lelaki adalah penghargaan dari orang sekelilingnya. Dan orang yang paling dia harapkan dapat memenuhi keperluan tersebut terutama dalam status pernikahan, entu adalah kita, isterinya.


Meski mencari nafkah bagi keluarga adalah kewajiban suami, namun bukan itu saja dia berikan buat kita. Keputusan-keputusan penting yang dirinya pilih bagi keluarga termasuk melindungi dari orang luar selain cinta dan kesetiaannya merupakan pemberian yang sangat bererti buat keluarga. Jadi isteri harus mengucapkan rasa terima kasih dengan tulus, hargailah setiap keputusannya meski Karen ada kalanya kita tidak bersetuju dengan caranya. Ini kerana sebagai manusia, lelaki ada kurnag dan lebihnya Begitu juga kita? Dengan menghormatinya, lelaki akan termotivasi untuk memberikan yang lebih baik untuk kita dan keluarga.


2. Jagalah Hati


Selama ini kita mungkin memandang rumah tangga jiran-jiran dan orang lain lebih bahagia. Suami mereka lebih romantis, lebih kaya, anak-anak lebih pintar dan sebagainya. Pada hal ia hanya pandangan luaran semata. Memiliki semua itu belum tentu rumahtangga bahagia tapi kunci kepada pernikahan bahagia adalah dengan mensyukuri apa yang kita miliki. Jagalah hati kita dari hal-hal dan orang- orang akan membuat adu domba bahawa suami kita tidak cukup baik kerana Allah sudah memberikan kita sesuatu yang jauh lebih baik.


3. Dahulukan Allah, Suami dan Anak, ini keutamaan kita


Apa pun ujian, dahulukan Allah dalam semua keputusan kita. Nampak seperti ganjil tetapi suami dan juga anak hanyalah sekadar pinjaman semata. Apa pun dahulukan suami dan kemudian anak kerana menjaga hati suami bermakna dirinya juga akan bersama menjaga hati anak. Pernikahan seharusnya membuat kita bahagia dan kemudian menjadi kebiasaan di mana semua orang melalui proses ini.


4. Maafkan


Sekali lagi, tidak ada manusia yang sempurna. Semua orang pasti melakukan kesalahan. Jika kita dapat memaafkan kebiasaan-kebiasaan kecil dilakukan oleh pasangan seperti meletak baju kotor di lantai dan bukan bakulnya atau lain-lain kebiasaannya, kita akan mampu menepis rasa kesal akan perlakuannya ini dari tumbuh di hati kita. Percayalah ia akan buat kita lebih gembira menikmati hidup.


5. Komunikasi


Karen mendedahkan dia memiliki sikap buruk iaitu suka memendam perasaan dan tidak menyuarakan kepada pasanagn. Ia sentiasa berharap suami akan mengerti sendiri kenapa dirinya marah atau sedih.


Tapi ternyata kebiasaan ini tidak sesuai untuk orang lelaki. Mereka tidak selalu dapat membaca fikiran atau bahasa tubuh para isteri. Dan para suami juga biasanya tidak selalu sedar kalau mereka telah bersikap tidak sensitif terhadap perasaan wanita. Jadi apa yang harus kita lakukan adalah suarakan perasaan kita kepada pasangan.


6. Jadualkan masa bersama suami


Jadualkan waktu berdua bersama suami setiap minggu atau dua minggu sekali. Nampak macam mengada-ngada tapi ia baik untuk satu perhubungan.


7. Jangan Pernah Ucapkan Kata “C”


Benci bagaimana pun, marah bagaimana pun saat bertengkar jangan mudah meminta cerai. Mengutarakan kata ancaman cerai kepada suami saat bergaduh bukan seni bertengkar yang betul kata Karen. Dia melakukan hal ini dari perkahwinan terdahulunya dan ternyata ia akhirnya bercerai dan ia menjadi satu pengajaran berharga buat dirinya.

Jujurnya luka bergaduh itu dalam dan kita ingin sekali membalasnya tetapi mengancam dengan meminta cerai sebenarnya tidak baik untuk jiwa kita. Malah dalam agama sendiri, perkara halal namun dibenci Allah ialah mengucapkan talak.


8. Ketahui Bahasa Cintanya


Semua orang punya bahasa cinta. Bagaimana kita memandang serta merasakan cinta boleh berbeza dengan pasangan dan anak-anak.

Apakah suami menyukai kata-kata penuh pujian dan kasih sayang, atau dia lebih suka saat pasangan memberinya hadiah? Apapun bahasa cintanya, pelajari dan praktiskannya dalam alam rumahtangga kita.


9. Jangan pernah berbicara keburukan suami pada orang lain


Jika anda mengalami masa-masa sulit dalam pernikahan, berbicaralah pada orang pakar dalam bidangnya seperti ahli psikologi atau kaunselor keluarga yang memang profesional tugasnya.


Curahan hati kepada ahli keluarga memang baik tapi mereka hanya mendengar satu satu pihak saja iaitu anda. Jadi pastinya semua akan membela diri kita dan mula membenci pasangan kita sekaligus tidak mengurangkan masalah sedia ada. Malah mungkin bertambah jika dirinya asyik diperli ahli keluarga kita.


Selama dalam pernikahan, akan selalu ada saat-saat kita bangun dari tidur dan merasa bahawa kita tidak lagi mencintai pasangan yang ada di samping kita. Akan ada masanya suami nampak tidak menarik di mata kita tapi berusahalah untuk terus mencintainya.


Pernikahan merupakan sebuah komitmen untuk selalu bersama dalam apa jua situasi. Susah dan senang, sihat dan sakit. Bukan hanya saat sihat dan senang sahaja. Justeru itu, sebahagian besar cinta diuji ketika susah dan sakit. Jika suami tidak melakukan kekerasan dalam rumah tangga atau mengingkari komitmen lain yang merugikan keluarga, pilihlah untuk mencintai dirinya. Dia layak mendapatkannya.


Sumber :- ROCKINGMAMA.ID

Wednesday 7 December 2022

Jom Karaoke! Sewa Pa System Karaoke!

December 07, 2022
 


Hi semua, terutama kepada anda yang akan mengadakan majlis dan sedang mencari-cari pakej yang bersesuaian dengan program atau acara anda.

Kami menawarkan perkhidmatan sewaan pa system, karaoke dan emcee / deejay untuk sebarang majlis / acara yang berkaitan dengan perkahwinan dan majlis keramian. Kami juga menerima tempahan dari individu, sektor awam, sektor korporat mahupun NGO untuk program atau acara berbentuk kursus, seminar, makan malam, minum petang, festival dan yang berkaitan dengannya.

* Emcee / Deejay berpengalaman akan mengikut aturcara majlis yang ditetapkan

* Audio / Bunyi kompang, bacaan doa dan selawat pengantin turut disediakan

* Pilijan untuk add-on aktiviti karaoke tanpa mengganggu perjalanan majlis dengan kadar yang sangat berpatutan

* Lagu² romantik / perkahwinan / pilihan pelanggan (mengikut tema ditetapkan)

* Beroperasi antara 3 hingga 5 jam, samaada majlis berlangsung pagi, petang atau malam

* Tiada kos tersembunyi atau kos tambahan yang lain (kecuali sebarang tambahan atas permintaan pelanggan)

* Majlis / acara akan lebih jelas dan berjalan lancar dengan mengikut aturcara ditetapkan

* Bergantung kepada pakejnyang diambil, kami menyediakan antara 2 hingga 4 speaker yang menghasilkan bunyi yang lebih lembut dan sekata ke seluruh kawasan majlis / acara tersebut


Berikut adalah Pakej 2023 yang ditawarkan oleh kami :





A. PAKEJ EMCEE - PENGACARA MAJLIS (RM500 - RM700)
* Coverage 3 Hingga 5 Jam

Servis Emcee 3 Jam - RM500
Servis Emcee 5 Jam - RM700

Kandungan Pakej :
1 Orang Emcee
Teks Emcee Berdasarkan Aturcara Ditetapkan
Harga Tidak Termasuk Rehersal
Kadar Harga Akan Bergantung Tempoh Masa Servis Emcee Diperlukan







B. PAKEJ SEWAAN 1 ACTIVE SPEAKER
* Harga pakej bermula dari RM350

Kandungan Pakej :
1 Active Speaker
2 Mic Wireless

Sesuai untuk acara ringkas seperti akad nikah dan pertunangan serta majlis doa selamat. Juga boleh digunakan untuk acara berskala kecil dengan kehadiran tetamu di bawah 80 pax. Speaker ini perlukan punca elektrik untuk beroperasi.






C. PAKEJ SEWAAN PA SYSTEM & DEEJAY (RM700)
*Coverage 3 Hingga 5 Jam

Kandungan Pakej :
2 Speaker & 2 Mic Wireless
1 Unit Mixer (6 Channel)
Music From Spotify
1 Orang Announcer / Deejay






D. PAKEJ SEWAAN PA SYSTEM SAHAJA (RM500)
*Coverage 3 Hingga 5 Jam

Kandungan Pakej :
2 Speaker & 2 Mic Wireless
1 Unit Mixer (6 Channel)
Music From USB Pendrive
1 Orang Krew Sahaja (Tanpa Announcer/Deejay)


Pakej C dan D di atas sesuai untuk majlis dalam dewan dengan kapasiti 25 meja atau majlis yang menggunakan canopy tidak lebih 5 unit. Lazimnya sesuai untuk Majlis Perkahwinan/ Persandingan/ Resepsi. Juga sesuai untuk acara indoor jika kapasiti audien di bawah 200 pax dalam satu-satu masa.


Jika keluasan dewan melebihi 30 meja atau menggunakan lebih 6 canopy, sebaik-baiknya Add-On speaker adalah digalakkan untuk mengelakkan volume audio pada speaker dipasang terlalu kuat hingga menjadi bingit di telinga. Ia akan menimbulkan rasa kurang selesa tetamu. Terutama jika aktiviti indoor yang mempunyai audien 250 pax ke atas dalam satu-satu masa.


Pilihan Untuk Add-On :
2 Speaker (400 Watt) with Stand - (RM400)
2 Mic Wireless - (RM250)
1 Head Mic (Wireless) - RM50
2 Monitor Speaker (100 Watt) - RM150
1 Laptop & 1 External Screen Monitor 14 Inch - RM150


Pakej C dan D ini untuk standard majlis iaitu antara 3 hingga 5 jam. Jika event siang untuk majlis perkahwinan lazimnya, 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Manakala untuk event malam, 7.30 malam hingga 10.30 malam.

Jika ada yang ingin menyewa melebihi tempoh masa tersebut, sila maklumkan kami supaya kami dapat memberikan sebutharga yang boleh memenuhi keperluan anda. 

Emcee Adam @ Zam

Semua tempahan dan pakej yang ditawarkan adalah tertakluk terma dan syarat ditetapkan.




#sewapasystem #nikahsatu #pernikahan #emcee #deejay #resepsi #pasystem #pengantinbaru #akadnikah #majlisperkahwinan #persandingan #pasystemmurah #karaoke #sewakaraoke #emceekahwin #deejaykahwin #karaokekahwin  #sewaanpasystem #pasystemkaraoke #kerjakahwin #kendurikahwin #perkahwinanmelayu #perkahwinan #melayu #kualalumpur #putrajaya #selangor #negerisembilan #melaka #djkahwin 

sewa pa system, sewa karaoke, sewaan pa system, sewaan karaoke, kenduri kahwin, kerja kahwin, majlis perkahwinan, dewan perkahwinan, villa kahwin, villa wedding, perkahwinan, perkahwinan melayu, akad nikah, majlis resepsi, majlis persandingan, mahligai perkahwinan, deejay, emcee, deejay kahwin, emcee kahwin, pengacara majlis, host, wedding venue, wedding evenue, pa system murah, pa system kahwin, pa system perkahwinan, dj kahwin


 


  


 

 


 


 


Tempahan Pengacara Majlis Perkahwinan Emcee Kahwin 01162099363

December 07, 2022

  



Tempahan perkhidmatan Pengacara Majlis Perkahwinan Emcee Kahwin 01162099363 dibuka sepanjang masa. Pelbagai pakej disediakan untuk disuaipadankan dengan bajet anda.


Emcee berpengalaman luas mengendalikan majlis perkahwinan. Draf teks emcee turut disediakan berdasarkan aturcara yang ditetapkan, supaya majlis berjalan dengan lancar dan teratur.


  



Jika anda memerlukan sesi raptai (rehersal), boleh add on dan harga boleh dirunding. Sesi raptai (rehersal) boleh diadakan pada hari biasa (weekdays), sama ada pada hari siang atau malam.


Anda juga mempunyai pilihan untuk menambah pakej sewaan Pa System, sewaan Karaoke, sewaan LCD Projektor dan Screen untuk menaikkan lagi seri dan kemeriahan majlis anda.


Kawasan liputan dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor, hinggalah ke Negeri Sembilan dan Melaka. Untuk sekitar Lembah Klang tiada caj pengangkutan. Manakala bagi luar Lembah Klang akan dikenakan caj pengangkutan bergantung kepada jarak perjalanan ke lokasi majlis.


Hubungi 01162099363 untuk pertanyan pakej, menyemak kekosongan tarikh dan membuat tempahan.


Majlis anda keutamaan kami.


Emcee Adam @ Zam
Pengacara Majlis (Emcee)
Pengurus Acara (Event Manager)
Pelantun Suara (Voice Over)
01162099363


  
 



#sewapasystem #nikahsatu #pernikahan #emcee #deejay #resepsi #pasystem #pengantinbaru #akadnikah #majlisperkahwinan #persandingan #pasystemmurah #karaoke #sewakaraoke #emceekahwin #deejaykahwin #karaokekahwin #sewaanpasystem #pasystemkaraoke #kerjakahwin #kendurikahwin #perkahwinanmelayu #perkahwinan #melayu #kualalumpur #putrajaya #selangor #negerisembilan #melaka

sewa pa system, sewa karaoke, sewaan pa system, sewaan karaoke, kenduri kahwin, kerja kahwin, majlis perkahwinan, dewan perkahwinan, villa kahwin, villa wedding, perkahwinan, perkahwinan melayu, akad nikah, majlis resepsi, majlis persandingan, mahligai perkahwinan, deejay, emcee, deejay kahwin, emcee kahwin, pengacara majlis, host, wedding venue, wedding evenue, pa system murah, pa system kahwin, pa system perkahwinan

Adbox