Adbox

Thursday 25 February 2021

Kata-Kata Sang Pujangga

February 25, 2021

 



Mutiara Kata Perkahwinan Di Pagi Jumaat Sayyidul Ayyam 


#hargadjkahwin #hargapasystemkahwin #pasystemkahwin #karaokekahwin #perkahwinanmelayu #celotehdeejay #celotehdjkahwin #teksemcee #tekspengacaramajlis #weddingcake #weddingdecoration #pasystem #pasystemkaraoke #deejay #emcee #emceekahwin #emceeperkahwinan #emceemajlisperkahwinan #doorgiftmurah #pengantinbaru #tiktok #butikperkahwinan #bajupengantin #busanaperkahwinan #galeriperkahwinan #hantaran #hantaranperkahwinan #akadnikah

Monday 22 February 2021

Checklist Persiapan Perkahwinan

February 22, 2021

 


Untuk tempahan dan pertanyaan tarikh, sila hubungi kami menerusi whatsapp 011-62099363:

https://wa.me/message/JK3EGAXDMQBYB1



Checklist Persiapan Perkahwinan
Untuk memastikan majlis perkahwinan anda berjalan dengan lancar, anda perlu membuat checklist untuk persiapan perkahwinan. Kebiasaannya persediaan untuk kahwinadalah 6 bulan sebelum tarikh pernikahan. Persediaan yang awal ini memberi banyak kelebihan kepada para pengantin dan ini dapat mengurangkan kelam kabut.
1. Daftar Kursus Kahwin
Bagi anda yang belum ada kursus kahwin, anda perlu menghadiri kursus kahwin dan ianya wajib ada untuk membolehkan pasangan itu berkahwin. Kursus ini memperuntukan masa selama dua hari dengan harga RM 90. Setelah selesai, anda akan diberi sijil penyertaan. Anda juga boleh pergi bersama dengan pasangan jika pasangan belum menghadiri kursus kahwin.
2. Tetapkan Tarikh Nikah & Sanding
Lakukan perbincangan dengan kedua-dua belah pihak tarikh yang sesuai untuk nikah dan bersanding. Tarikh ini kebiasaannya dibincang dan ditetapkan sewaktu majlis pertunangan. Bila tarikh telah ditetapkan, ia memberi kesenangan untuk membuat persediaan awal menempah tempat untuk majlis perkahwinan. Anda juga dapat menyediakan barang-barang untuk hantaran.
3. Lengkapkan Borang dan Dokumen Yang Berkenaan
Borang-borang dan dokumen yang berkaitan adalah benda kedua penting selepas kursus kahwin. Buatlah senarai borang yang perlu diisi dan tickkan borang yang da lengkap. Borang dan dokumen yang sudah lengkap boleh diberikan kepada orang yang berkenaan. Untuk kawasan selangor, anda boleh melayari laman web JABATAN AGAMA MASING-MASING untuk melihat borang dan dokumen yang diperlukan.
4. Melakukan HIV Test
Ujian HIV adalah perkara wajib yang perlu dilakukan oleh kedua-dua bakal pengantin. Keputusan ujian HIV ini akan disertakan bersama dokumen-dokumen lain yang di mana tanpa kelengkapan dokumen ini menyebabkan anda tidak boleh berkahwin. Ujian HIV hanya boleh dilakukan di klinik atau hospital kerajaan sahaja, klinik swasta tidak boleh.
5. Menempah Jurunikah @ Tok Kadi
Setelah anda telah menetapkan tarikh pernikahan anda, anda haruslah mempercepatkan untuk membuat tempahan juru nikah. Anda juga perlu mengingatkannya dari semasa ke semasa agar jurunikah tidak lupa.
6. Pilih Tema Majlis Perkahwinan
Majlis perkahwinan yang mengikut tema tidak wajib sebenarnye, ianya hanya sekadar untuk menceriakan dengan warna yang seragam. Dan pastinya akan nampak lebih cantik apabila bergambar kerana warna yang sama. Bincanglah dengan pasangan dan keluarga warna apa yang sesuai untuk majlis anda nanti.
7. Memilih Barang Hantaran
Anda perlu berbincang dengan pasangan dan membuat senarai barang-barang hantaran dari pihak lelaki dan juga perempuan. Anda perlu membuat perbincangan yang betul dan memilih barang-barang hantaran yang boleh digunakan lepas kahwin agar tidak berlaku sebarang pembaziran.
8. Gubah Barang Hantaran
Selepas anda selesai membeli barang hantaran anda, anda bolehlah start mengubah barang-barang tersebut. Jika anda ingin menjimatkan kos, anda boleh pinjam dulang atau bekas untuk meletakkan barang hantaran daripada saudara mara.
9. Membuat Senarai Nama Tetamu
Anda perlu menyenaraikan nama dan mengira jumlah tetamu yang anda ingin jemput ke majlis perkahwinan anda. Ini bertujuan untuk menempah makanan dan juga doorgift yang akan diberi.
10. Menempah Kad Kahwin
Selepas anda membuat senarai nama tetamu, anda bolehlah menempah kad kahwin anda. Buatlah perbandingan harga untuk kad kahwin supaya ianya dapat mengurangkan kos membuat kad kahwin. Jika anda seorang yang kreatif dan rajin, bolehlah untuk menghasilkan kad kahwin anda sendiri.
11. Doorgift Untuk Tetamu
Doorgift adalah sesuatu barang atau makanan yang akan diberikan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Carilah doorgift yang mengikut bajet anda. Jika anda seorang yang rajin, anda boleh menghasilkan sendiri doorgift untuk tetamu anda. Doorgift adalah salah satu penghargaan untuk tetamu-tetamu yang hadir.
12. Menempah Baju Perkahwinan dan juga Makeup
Pilihlah baju perkahwinan yang sesuai dengan tema majlis dan anda berasa sangat selesa apabila memakai baju tersebut. Anda juga dinasihatkan untuk membuat survey bagi membandingkan harga untuk baju yang anda berkenan. Selain itu, anda juga perlu membuat tempahan awal dengan mak andam perkahwinan dan kalau boleh memintanya untuk test makeup. Ini supaya anda dapat melihat hasil makeup mak andam tersebut dan berpuas hati jika mak andam tersebut makeupkan anda pada hari bahagia anda.
13. Membuat Tempahan Pelamin
Buatlah tempahan pelamin mengikut bajet kewangan anda. Terdapat banyak pelamin-pelamin bajet yang ada di pasaran, anda hanya perlu survey untuk dapat yang cantik tetapi dengan mengeluarkan kos yag rendah. Anda juga boleh menghasilkan sendiri pelamin perkahwinan.
14. Menempah Pakej Katering
Carilah perkhidmatan katering yang menawarkan pakej dengan kanopi berserta kerusi dan meja. Anda juga perlu memilih katering yang berhampiran dengan rumah anda kerana ia memudahkan pihak katering untuk memasang khemah. Sebelum anda memilih perkhidmatan katering, anda perlu mencuba terlebih dahulu masakan pihak katering tersebut.

Untuk tempahan dan pertanyaan tarikh, sila hubungi kami menerusi whatsapp 011-62099363:

https://wa.me/message/JK3EGAXDMQBYB1


Koleksi Review Daripada Para Pelanggan Kami

February 22, 2021
  

  

  





Alhamdulillah. Another positive review/testimoni from our client. Selain majlis perkahwinan, kami juga menerima tempahan daripada sektor korporat. Berikut adalah antara sektor korporat yang pernah menggunakan servis yang disediakan oleh kami :



Kami menyediakan perkhidmatan yang berikut untuk dipertimbangkan  :

i. Pengacara Majlis (Emcee)
ii. Sewaan Peralatan PA System
iii. Pengurusan Acara/ Majlis
iv. Krew Teknikal
v. Sewaan LCD Projektor dan Layar (Screen)


Bagi perkhidmatan Pengurusan Acara/Majlis dan Krew Teknikal, kami akan sediakan setelah berbincang dengan bakal pelanggan dan harga yang kami caj bergantung kepada jenis acara/majlis dan tempoh masa perkhidmatan tersebut diperlukan.

Manakala bagi Emcee atau sewaan peralatan pa system, kami menyediakan pelbagai pakej yang boleh disuaipadankan dengan bajet dan keperluan majlis anda.


Harga ditawarkan untuk sekitar KL, Putrajaya dan kawasan² dalam Selangor yang berdekatan. Tiada caj pengangkutan dikenakan bagi kawasan tersebut.

Tempahan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.


Terima kasih.

❤️ Emcee Adam Yang Ensem ❤️

Untuk tempahan dan pertanyaan tarikh, sila hubungi kami menerusi whatsapp 011-62099363:

https://wa.me/601162099363



#emceeofmalaysia #pasystem #pengacaramajlis #eventplanner #weddingplanner #majlismakanmalam #pengacara #majlisperkahwinan #familyday #professionalemcee #walimatulurus #majlispernikahan  #launchingevent #malaywedding #sportsday #grandopening #majlisperasmian #pasystemrental #sewapasystem #majlisrasmi #butikperkahwinan #bajupengantin #galeriperkahwinan #hantaran #hantaranperkahwinan #doorgiftmurah

Sunday 21 February 2021

Tips Untuk Emcee

February 21, 2021

 




Mempunyai bakat sebagai Pengacara Majlis @ Master of Ceremony (Emcee) memberikan kelebihan kepada seseorang. Majlis, aktiviti atau program tidak sempurna sekiranya tiada Pengacara Majlis. Namun bukan suatu yang mudah untuk menjadi seorang Pengacara Majlis, beberapa tips perlu diikuti bagi memastikan kelancaran program.

Keyakinan, keberanian, serta sanggup menerima kritikan dan kesilapan merupakan sikap yang perlu ada untuk menjadi seorang Pengacara Majlis yang efisien. Manakala takut, malu serta gugup merupakan sikap yang perlu dijauhi. Selain kebolehan atau bakat yang sedia ada, ia juga boleh dipupuk dengan meningkatkan kekerapan menjadi Pengacara Majlis disamping menyertai kursus berkaitan. Sejujurnya, sikap ini perlu ada bukan sahaja perlu sebagai Pengacara Majlis tetapi boleh dipraktikkan di dalam aktiviti yang melibatkan kita untuk memberikan taklimat, pendapat atau pandangan dalam mesyuarat dan sebagainya.

Majlis dikategorikan kepada dua iaitu rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal. Ulangkaji perlu dilaksanakan bagi membolehkan persediaan rapi dapat dibuat.

Beberapa persediaan (sebagai Pengacara Majlis) perlu dilakukan sebelum menjayakan majlis iaitu:

  • Maklumat program - perlu mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai program tersebut iaitu objektif serta kategori peserta yang akan hadir.
  • Penyediaan teks - pemilihan perkataan atau ayat yang sesuai dengan konsep majlis serta kategori peserta (audience).
  • Latihan (Rehearsal) - untuk mendapatkan dan merasai suasana majlis dengan lebih baik, adalah digalakkan untuk melaksanakan latihan sebelum majlis sebenar (bagi majlis rasmi/formal).
  • Uji lari bantuan audio visual - memastikan kekuatan suara dan kesesuaian sekiranya menggunakan alat bantu audio visual.
  • Tenaga - perlu memastikan tenaga mencukupi sehingga ke akhir majlis atau program.
  • Pengkayaan prosa kata (Vocabulary Enrichment) - memastikan ucapan serta kata-kata yang dilontarkan seperti pada Perkara (2) dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Perkara yang perlu dielakkan:

  • Perasaan takut dan malu.
  • Penggunaan perkataan yang tidak bersesuaian.
  • Kerap mengulang ayat yang sama.
  • Bertutur dengan laju.
  • Terlalu terikat dengan skrip.
  • Membuka pekung sendiri (contoh: memaklumkan bahawa anda adalah Pengacara Majlis ganti atau ini adalah pertama kali anda bertugas sebagai Pengacara Majlis).

Seorang Pengacara Majlis perlu mempunyai identiti/trademark yang tersendiri. Ini penting dan dapat membantu terutamanya jika berlaku perkara-perkara diluar jangka ketika majlis sedang berlangsung. Selian itu, anda juga perlu bijak menggunakan tagline yang bersesuaian, pandai menarik perhatian peserta sehingga ke akhir acara serta berjaya meninggalkan mesej dan kekal di ingatan hadirin.


Sumber : Laman Web Rasmi UPM

Untuk tempahan dan pertanyaan tarikh, sila hubungi kami menerusi whatsapp 011-62099363:

https://wa.me/message/JK3EGAXDMQBYB1

Tips! Aturcara Majlis Persandingan/ Majlis Resepsi

February 21, 2021

gambar sekadar hiasan



Aturcara Standard Majlis Perkahwinan

(jika majlis diadakan dalam dewan supaya nampak lebih teratur dan kemas)


11.00 Pagi - 12.30 Tengahari

Ketibaan Tetamu/ Jamuan

Emcee akan menglu-alukan ketibaan dan menjemput menikmati hidangan (jika setting buffet)

(Instrumental/ Romantic Wedding Songs)


12.30 Tengahari - 2.00 Petang

Jamuan masih diteruskan

Ketibaan Pasangan Pengantin

Semasa berjalan/ berarak, pengantin lelaki sebelah kanan dan pengantin perempuan sebelah kiri, bunga tangan jangan lupa.


A. Ketibaan Pengantin Sehingga Pintu Gerbang/ Pintu Masuk Dewan

Boleh mainkan audio kompang (jika tiada pasukan kompang).


B. Berarak ke Pelamin

Boleh pasang lagu bersesuaian, lazimnya dialunkan Selawat Taslim.

Dimulakan dengan wakil keluarga kedua-dua belah pihak membawa masuk dulang hantaran (jika ada).

Kemudian Pasangan Pengantin akan berjalan menuju ke pelamin dengan diiringi lagu pilihan.


C. Pengantin Bersanding di Pelamin

Kata-kata Aluan oleh Emcee

Jika ada tetamu daripasa kalangan VVIP hendaklah dimaklumkan kepada Emcee

Semasa bersanding pengantin lelaki duduk sebelah kanan, pengantin perempuan duduk sebelah kiri.


D. Bacaan Doa

Sebaik-baiknya ahli keluarga/ ustaz tetapi jika tidak ada, emcee boleh membacakan doa standard majlis perkahwinan.


E. Merenjis/ Salam Restu

Lagu Perkahwinan dipasangkan bersesuaian dengan mood majlis

Jika tiada merenjis boleh buat salam restu, ini supaya ada pengisian semasa pengantin bersanding.

Nama-nama hendaklah diberikan oleh pengantin

Jika tiada senarai nama, boleh ikut turutan berikut :

Ayah & Ibu, Datuk & Nenek, Ibu & Ayah Suadara, Adik Beradik & Ipar-Duai (sebelah pengantin lelaki dan sebelah pengantin perempuan)


F. Makan Beradab Bersama Keluarga

Nama-nama wakil keluarga yang akan duduk sama di meja utama makan beradab jika meja makan beradab disediakan untuk keluarga juga. Jika meja makan beradab hanya untuk pengantin saja, maka hanya pengantin berdua saja.


G. Potong Kek/ Pulut Kuning

Lagu tema untuk acara potong kek ini boleh dicadangkan oleh pengantin.


H. Ucapan Khas Penghargaan Keluarga (jika ada)

Wakil keluarga pengantin (ayah dan ibu lazimnya)

Wakil keluarga rombongan (ayah dan ibu lazimnya)

Pasangan Pengantin juga digalakkan memberi ucapan


Jika tiada ucapan maka boleh diteruskan dengan sesi bergambar bersama keluarga.


2.00 petang - 4.00 petang

Jamuan masih diteruskan

Sesi bergambar masih diteruskan

Sesi agak santai (Free & Easy)

(Instrumental/ Romantic Wedding Songs)


gambar sekadar hiasan


Nota Penting :


i. Audio kompang & selawat hanya cadangan saja. Boleh ditukar kepada lagu lain yang bersesuaian.

ii. Jika pasangan pengantin memakai suit & dress, emcee boleh mengenakan pakaian bersesuaian. Tetapi jika memakai baju songket/ tradisional yang lain, maka emcee boleh memakai baju melayu.

iii. Lazimnya draf teks emcee akan diberikan awal kepada pengantin/keluarga untuk semakan dan boleh diedit mengikut kehendak pengantin/keluarga.

iv. Maklumkan emcee konsep@tema majlis, supaya boleh disuaipadankan dengan teks emcee.

v. Emcee bukan sound man/crew. Jika dewan hanya menyediakan sound system, maka anda perlu melantik seorang crew untuk menjaganya. Jika anda tidak ada orang yang berpengalaman, maka dinasihatkan untuk mengupah seorang crew. Emcee juga boleh membawa seorang crew dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan.

vi. Emcee juga bukan Floor Manager/ Event Cordinator. Untuk memastikan kelancaran majlis, maka perlu dilantik seorang Floor Manager/ Event Cordinator daripada kalangan ahli keluarga. Peranannya adalah sebagai Ketua Majlis dan menjadi tempat rujukan jika ada sebarang keperluan. Dan jika perlu boleh lantik beberapa orang usherer untuk membantu Floor Manager/ Event Cordinator.


CC Aturcara Kepada:
Floor Manager/ Usherer
Ahli Keluarga
Team Pramusaji
Pasangan Pengantin
Emcee & Crew


Be prepared emcee interview spontan, jika tiada speech 🤗😍🤩

Caj Emcee : RM700.00 (1 orang)
Caj Crew : RM200.00 (1 orang)
Harga boleh dirunding.


Untuk tempahan perkhidmatan Emcee (Pengacara Majlis) boleh whatsapp:

Tips! Jangan Pandang Remeh Tentang Make-Up Pengantin

February 21, 2021
gambar hanya hiasan



Betul, bila jadi perempuan memang akan didatangi dengan pelbagai kanta mata yang membuat si mata menjadi rambang. Lagi teruk perangai cerewat semakin menebal ketika menjelang hari penting iaitu majlis perkahwinan. Pada masa itulah anda ingin menyerlah sisi anda yang paling cantik, mengayakan busana pengantin mengikut citarasa fesyen anda dan paling penting ialah seri pengantin yang dipancarkan dari wajah.



Bila bercakap mengenai seri pengantin, perkara utama untuk kelihatan cantik, anggun, jelita dan sebagainya ialah solekan ketika majlis. Bagi anda yang sering ke majlis perkahwinan pasti anda sendiri boleh menilai pemilihan gaya solekan pengantin. Ada yang cantik sesuai dengan tema bajunya dan ada pula yang seperti mekap maskot. Serius tau! 



Para bakal pengantin sekalian, pastikan sekurang-kurangnya anda tahu tentang dunia solekan seperti trend solekan terkini dan study hasil kerja makeup artis yang bakal menyolek anda. 



Wanista sediakan tips untuk anda pilih dan belajar cepat tentang solekan pengantin. Baca tips ini sampai habis untuk selamatkan wedding anda! 



Buat anda yang dilema tentang pemilihan gaya solekan, untuk paling mudah pilih sahaja solekan jenis doll yang banyak menggunakan warna-warna lembut seperti merah jambu dan peach. Tak nak nampak keterlaluan cukup dengan pemilihan warna-warna tanah. Elakkan dari memilih warna lipstik seperti merah, maroon, oren atau ungu (kecuali bersesuaian dengan tema majlis). 



Teknik dan bentuk solekan juga wajib diambil kira. Dari pengalaman penulis sendiri, ada sesetengah dari rakan penulis mendapat solekan yang tenggelam akibat teknik shading atau contouring mak andam tidak menjadi. Contouring dibahagian hidung, tulang pipi terlalu tebal, gelap dan paling tragis kening. Sebab itu penting untuk kita kenal siapa bakal mak andam, tahu teknik dan rajinkan diri untuk tengok hasil kerja mereka sebelum ini.



Kini sudah memasuki tahun 2021, pastikan anda alert dengan trend solekan pengantin jangan masih lagi menggunakan highlight glitter silver sebagai pembayang mata dan bulu mata palsu ‘diva’. Itu zaman baru masuk 2000 sahaja, sekarang ramai dah pakai bulu mata palsu dari human hair yang lebih ringan, selesa dan tampak semulajadi. 



Ada juga bakal pengantin yang handal dalam dunia solekan atau sudah biasa bersolek sendiri. Tapi jangan buat hal untuk anda terlalu yakin ingin menyolek sendiri pada hari perkahwinan. Bukan apa, mungkin teknik dan hasil air tangan mak andam lebih menyerlahkan raut wajah anda. Memang anda pandai bersolek, tapi pernahkah anda bersolek seperti pengantin atau tahukah anda tentang teknik untuk makeup tahan lama? Cukuplah untuk anda menjadi raja sehari ketika itu, biar anda dilayan daripada anda stress. 



Pengaruh lain untuk solekan menjadi lebih cantik ialah rutin penjagaan wajah pengantin itu sendiri. Sebelum anda mengamuk foundation jadi bercapuk, lipstik tidak sampai 5 minit pakai sudah berkerak, cuba tepuk dada tanya selera. Apa usaha untuk anda nampak berseri secara dalaman? 



Pada anda yang tidak bersependapat dengan penulis ‘ah buat apa nak beria bersolek masa wedding?’ Well, Hello! Masa itu ramai tetamu akan datang terdiri daripada keluarga, sanak saudara, sahabat handai itu belum lagi musuh diam-diam anda. Mesti lah pengantin harus tampak lebih cantik dari mereka semua yang datang. Malu lah anda tetamu yang jauh lebih cantik solekannya. Ingat! 



Sumber: Wanista

Hukum Akad Nikah Tanpa Bersalaman

February 21, 2021


Soalan

Assalamualaikum. Baru-baru ini ada video pasangan yang melangsungkan akad nikah tanpa bersalaman dengan juru nikah. Sah atau tidak akad nikah tanpa bersalaman ketika akad nikah berlangsung. Mohon penjelasan pejabat mufti ya. Sekian terima kasih.

Jawapan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Islam menggalakkan umatnya supaya berkahwin kerana perbuatan itu merupakan Sunnah Baginda Nabi SAW. Selain itu perkahwinan juga terdapat pelbagai kebaikan dan faedah, sama ada kepada individu mahupun masyarakat. Hal ini seperti yang disebut di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Ayyub RA, Sabda Nabi SAW:

أَرْبَعٌ مِنْ سُنَنِ الْمُرْسَلِينَ: الْحَيَاءُ، وَالتَّعَطُّرُ، وَالسِّوَاكُ، وَالنِّكَاحُ

Maksudnya: Empat perkara yang merupakan sunnah para rasul, iaitu sifat malu, berwangi-wangian, bersugi dan nikah.

Riwayat al-Tirmizi (1080)

Dalam memenuhi tuntutan perkahwinan, seseorang itu tidak dapat lari dari memenuhi tuntuan syarak agar perkahwinannya itu sempurna. Justeru wajib bagi seseorang yang hendak berkahwin untuk mematuihi rukun dan syarat pernikahan supaya perkahwinannya itu menjadi sah. Dr Muhammad Zuhaili menyebut tidak sempurna akad nikah melainkan dengan terlaksana rukunnya dan melengkapi segala syarat bagi rukun tersebut. (Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh a-Syafi’e, 4/53)

Dalam al-Fiqh al-Manhaji menyebut rukun akad nikah mempunyai lima rukun iaitu Sighah, pengantin perempuan, pengantin lelaki, wali dan dua orang saksi. Dr. Muhammad Zuhaili memperincikan lagi rukun akad nikah kepada enam iaitu Sighah (Ijab dan Qabul), al-A’qidan (Pengantin lelaki dan wali), pengantin perempuan dan dua orang saksi. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 4/55; al-Mu’tamad, 4/53)

Berbalik kepada persoalan yang diajukan berkenaan dengan bersalaman ketika melafazkan akad nikah, ia perlu menelitikan syarat yang diletakkan kepada rukun Sighah iaitu Ijab dan Qabul adakah ia memerlukan persalaman ketika melafazkannya.

Sighah yang dimaksudkan dengan sighah akad iaitu lafaz atau perbuatan yang disampaikan oleh orang yang sedang akad (perjanjian) serta menunjukkan keredhaannya. Para fuqaha berpendapat yang terkandung di dalam sighah mestilah Ijab (lafaz pemberian) Qabul (lafaz penerimaan). (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 30/200)

Dr Muhammad Zuhaili menerangkan tidak terjadinya akad nikah melainkan dengan Sighah akad nikah iaitu ijab dan qabul.

Ijab iaitu lafaz daripada wali pengantin perempuan dengan menyebut “aku kahwinkan kamu” atau “aku nikahkan kamu” dan seumpamanya.

Qabul iaitu lafaz daripada pengantin lelaki dengan menyebut “aku terima perkahwinannya” atau “aku terima nikahnya” atau “aku redha dengan menikahinya”. Lihat (al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/53)

Dalam al-Fiqh al-Manhaji menyebut, disyaratkan pada lafaz akad nikah seperti berikut:

  • Mestilah lafaz tersebut mempunyai lafaz kahwin atau nikah dan perkataan apa yang diterbitkan daripadanya. Ini seperti “aku nikahkan kamu” atau “aku kahwinkan kamu” dan dijawab “aku terima perkahwinannya” atau “aku terima nikahnya”.
  • Mestilah lafaz kahwin atau nikah di dalam ijab dan qabul itu jelas. Ini seperti sekiranya wali menyatakan “aku nikahkan kamu dengan anakku” lalu dijawab oleh bakal suami aku “terima” maka tidak berlaku pernikahan tersebut. Ini kerana kedua-dua pihak tidak jelas dalam penggunaan lafaz kahwin atau nikah itu. Dr Muhammad Zuhaili menyebut ini kerana masih tidak jelas daripada keduanya lafaz kahwin dan nikah dan niat masih belum cukup untuk menjadikannya sah. Ia juga masih terdapat lafaz kiasan padanya dan lafas kiasan tidak sah digunakan di dalam akad nikah.

(Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 4/55-56; al-Mu’tamad, 4/53-55)

Kesimpulan

Berbalik kepada persoalan yang diajukan dan perbahasan fuqaha’ yang diberikan dapat kami simpulkan di sini bahawa, tidak bersalaman ketika menyebut lafaz akad nikah adalah sah disisi syarak. Ini kerana syarat sah lafaz akad nikah hanya dengan menyebut lafaz ijab dan qabul dan bersertakan kalimah kahwin atau nikah sahaja.

Justeru, walaupun bersalaman ketika akad nikah bukan merupakan syarat akad nikah, namun ia merupakan Sunnah yang dilakukan oleh Baginda Nabi SAW ketika berbai’ah atau berjumpa dengan sahabatnya yang lain. Begitu juga, Imam Badruddin al-A’ini menaqalkan pandangan al-Karmani menyatakan bahawa bersalaman adalah sebagai tanda atau isyarat memilikinya sama ada pada pernikahan atau perjanjian. (Lihat Umdah al-Qari syarh Sahih al-Bukhari, 24/277)

Selain itu, bagi mengesahkan akad nikah tersebut mestilah melengkapi syarat-syarat serta rukun akad nikah yang lain seperti adanya wali, dua orang saksi, bakal pengantin lelaki dan perempuan di dalam majlis akad nikah tersebut.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agamaNya serta taufiq dan hidayah untuk Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agamaNya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’atNya dengan sebaiknya.

Sumber : Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan

Nota: Musim Pandemik begini, ia darurat, maka tidak bersalaman tidaklah menjadi masalah. Malah semasa covid mula-mula melanda, dibenarkan pernikahan dilaksanakan secara atas talian dengan SOP yang ketat dan paling penting cukup rukun nikah.

Saturday 20 February 2021

3 Tips Persediaan Perkahwinan (Rancang Kewangan Anda)

February 20, 2021

Untuk tempahan dan pertanyaan tarikh, sila hubungi kami menerusi whatsapp 011-62099363:

https://wa.me/message/JK3EGAXDMQBYB1


Ya. Anda akan berkahwin!


Anda mempunyai kemampuan kewangan yang mencukupi dan anda mahukan hari perkahwinan anda menjadi satu majlis yany cukup sempurna. Untuk merealisasikan perkara itu, apa yany anda perlu lakukan adalah mempunyai perancangan dan persediaan yang sewajarnya.


Terlalu banyak nasihat, petua dan juga sumber rujukan terutama yang berada di dalam talian (dengan bantuan Encik Google) untuk memastikan anda mendapatkan majlis perkahwinan idaman anda. Kami di sini akan membawa anda melalui 3 TIPS untuk membantu anda membuat senarai semak persiapan perkahwinan anda yang sempurna agar persiapan untuk hari besar anda tidak terlalu memenatkan dan menyukarkan.


1. Tulis dengan jelas komitmen kewangan anda.

Jadikan ia sebagai asas kepada semua perancangan anda. Jangan berbelanja melebihi kemampuan kewangan anda. Harus diingat kehidupan selepas majlis juga perlu diberi keutamaan dan perhatian.


2. Dapatkan secara pakej perkhidmatan yang dikehendaki.

Lazimnya, pengambilan secara pakej boleh menjimatkan perbelanjaan perkahwinan anda. Ada penyedia perkhidmatan perkahwinan yang mempunyai lebih daripada satu perkhidmatan, contohnya katering mempunyai sewaan kerusi meja/ canopy. Fotografer yang turut menyediakan khidmat videografer.


3. Tetapkan harga siling bagi setiap perkhidmatan yang diperlukan.

Ada ketikanya kita perlu meletakkan harga siling terhadap sesuatu perkhidmatan yang diperlukan. Ia boleh menjadikan kita lebih teratur mengawal semua perbelanjaan yang dilakukan. Dengan penetapan tersebut juga, kita boleh membelanjakan sebahagian lagi kewangan kita kepasa lain-lain keperluan.


Semoga bermanfaat untuk anda! Kongsikan kepada rakan-rakan anda jua.




Untuk tempahan dan pertanyaan tarikh, sila hubungi kami menerusi whatsapp 011-62099363:

https://wa.me/message/JK3EGAXDMQBYB1



Friday 19 February 2021

Tips! Mencari Pakej PA System Majlis Perkahwinan

February 19, 2021


Ramai orang yang memerlukan pa sistem untuk majlis/program mereka mungkin tidak mempunyai idea/pengetahuan tentang bagaimana PA System biasa berfungsi, sehingga menyebabkan kemungkinan menyewa sistem terlalu besar atau terlalu kecil untuk keperluan majlis/program tersebut.


Salah satu ciri unik pa sistem adalah walaupun begitu banyak penyedia perkhidmatan pa system, anda harus tahu bagaimana untuk mencampurkan dan memadankan kehendak dan selera anda dengan kualiti audio dan sistem bunyi yang dihasilkan.






Kali ini kami akan menerangkan bahagian dan fungsi asas pa sistem jenis yang paling biasa digunakan dalam sesuatu majlis/program. Kami tidak akan menjelaskan tentang pa sistem yang berskala besar dengan penerangan ringkas ini. Memadai kami mengulas sesuatu yang secara tidak langsung berkaitan juga dengan perkhidmatan yang kami tawarkan untuk sesebuah majlis/program.


Peralatan asas untuk mencukupi kehendak bagi sesebuah majlis/program yang berskala kecil dan sederhana adalah :


1. 1 x Mixer (sebaiknya jenis yang built-in Amplifier dengan kekuatan antara 300 - 400 watt sudah memadai)

2. 2 x Microphone (dapatkan jenis wireless supaya memudahkan pergerakan dan tidak terlalu berserabut dengan wayar)

3. 2 x Speaker Utama (kekuatan antara 200-300 watt sudah memadai jika dalam keluasan di bawah 30 meja/ 6 canopy)

4. 2 x Monitor Speaker (untuk tujuan hearing dalam aktiviti karaoke dengan kekuatan 100 watt sudah memadai)

5. 1 x LCD Monitor (sebagai alatan sokongan semasa aktiviti berkaraoke)


Sewaan PA System Karaoke Majlis Perkahwinan

Sewaan PA System Karaoke Majlis Perkahwinan

Sewaan PA System Karaoke Majlis Perkahwinan

Sewaan PA System Karaoke Majlis Perkahwinan

Sewaan PA System Karaoke Majlis Perkahwinan


Tambahan bagi perkara di atas pula adalah untuk melengkapi keperluan yang ada dalam sesebuah majlis/acara, seperti :

1. 1 x Emcee (sangat sesuai menggunakan emcee jika mahukan majlis berjalan dengan teratur dan mengikut protokol tertentu)

2. 1 x Stand by Crew (membantu Deejay / Emcee dalam pemasangan dan pengendalian pa system)


Sekiranya anda memerlukan khidmat sewaan pa system (pa sistem), karaoke, deejay dan emcee, boleh hubungi kami menerusi 01162099363. Paling baik jika dapat terus whatsapp kami di

Untuk tempahan dan pertanyaan tarikh, sila hubungi kami menerusi whatsapp 011-62099363:

https://wa.me/message/JK3EGAXDMQBYB1



Wednesday 17 February 2021

Peranan Emcee - Pengacara Majlis

February 17, 2021

 


Di bawah kami senaraikan beberapa point penting untuk anda memahami peranan Pengacara Majlis (Emcee).


Jom baca!


Seorang pengacara majlis atau MC (master of ceremony) memainkan peranan yang sangat penting dalam mengemudi sesuatu majlis rasmi ataupun tidak rasmi. Kenapa? Kerana sesebuah majlis rasmi tidak boleh bermula selagi pengacara majlis belum bersedia. Merekalah orangnya yang akan membuat pengumuman, serta memberi arahan/panduan kepada tetamu yang mengambil bahagian dalam majlis tersebut.


Bukan senang untuk menjadi seorang pengacara majlis. Ianya memerlukan daya kreativiti, serta kebolehan kita untuk bertutur dengan lancar dan berkesan. Datuk Mahathir Lokman adalah antara figura yang bukan asing lagi dalam bidang pengacaraan di Malaysia.


Kepetahan dalam mengacarakan majlis-majlis rasmi serta kebijaksanaannya dalam mengendalikan pelbagai majlis lain termasuk majlis-majlis hiburan dan perkahwinan membuktikan pengacara ini begitu versatil. Pengalaman mengacarakan beberapa majlis rasmi juga mematangkan dirinya dalam mengemudi sesuatu majlis. Tambahan pula dengan kebolehannya menguasai beberapa bahasa asing seperti Perancis, Portugal, Sepanyol, Itali dan Inggeris, cukup membuktikan dirinya bergelar seorang pengacara majlis serba boleh.


Justeru, antara kriteria serta kualiti yang perlu ada pada seseorang pengacara majlis termasuklah:


Bijak. Ya, seseorang pengacara majlis perlulah bijak dalam mengenali sesuatu majlis samada ianya berbentuk formal, tidak formal atau pun mengikut adat istiadat. Mereka perlu menyelidik siapa tetamu yang akan datang (mengenali audiens), untuk memastikan bahasa yang akan digunakan adalah betul. Jika tetamu itu adalah tetamu diraja, maka peru menggunakan bahasa istana, atau bahasa formal jika majlis itu melibatkan kehadiran Menteri kabinet, Perdana Menteri dan sebagainya.


Berpengetahuan dalam sesebuah majlis yang dikendalikan. Sebagai contoh, jika mengendalikan sebuah majlis menandatangani perjanjian (MoU) Biodiesel, maka anda perlulah mempunyai serba sedikit pengetahuan tentang Biodiesel atau yang berkaitan dengannya, bukan setakat faham dan tangkap muat sahaja.


Memahami konsep berduet. Ini bagi pengacara majlis berpasangan lelaki dan perempuan. Bagi lelaki, mereka lah yang akan membuka serta menutup majlis. Peranan pengacara perempuan adalah untuk menyerikan lagi seri majlis tersebut dan mencelah setiap kali pengacara lelaki mengacarakan majlis tersebut. Kedudukan MC perempuan pula adalah disebelah kiri MC lelaki, dan lelaki tersebut haruslah mempunyai ketinggian yang lebih dari MC perempuan.


Mempunyai persediaan dari segi mental, fizikal serta skrip yang lengkap. Datuk Mahathir Lokman pernah menyatakan bahawa seseorang pengacara tidak boleh datang mengacara majlis dengan mood tidak baik dan monyok. Terlebih ceria juga tidak digalakkan sama sekali. Sekiranya perlu menjadi pengacara majlis yang dihadiri oleh golongan VVIP, lenggok bahasa yang digunakan mestilah betul. Pengacara juga perlu mempunyai suara/intonasi yang lunak dan sedap didengar dimana ianya merupakan antara kriteria yang penting selain personaliti dan kebolehan. Begitu juga dengan sebutan, di mana ianya haruslah tidak pelat, tidak bersifat kedaerahan, atau sengau.


Mesti banyak bersabar. Kadang-kadang berlaku beberapa perkara di luar jangkaan yang mungkin boleh mencacatkan proses pengacaraan sesebuah majlis. sebagai contoh, kita mungkin sudah siapkan skrip, tetapi atas beberapa masalah teknikal oleh pihak sekretariat, yang memerlukan skrip tersebut untuk diubah pada saat-saat akhir. Justeru, dalam menghadapi saat genting seperti ini, pengacara majlis perlu sentiasa sabar agar majlis dapat berjalan seperti yang telah dirancang sebelumnya.


Berpengetahuan tentang Etiket dan Protokol. Seseorang pengacara majlis haruslah faham tentang segala jenis tatacara imej, adab serta peraturan berprotokol seperti susunan hormat, susunan tempat duduk, cara berdiri dengan betul, cara berdiri didepan rostrum, cara berpakaian, cara berbahasa, dan sebagainya.


Tidak terlalu gemuruh. Menjadi lumrah semua orang untuk mempunyai perasaan gemuruh dan ianya terbentuk secara semulajadi. Namun, ianya haruslah dikawal serta tidak menampakkan gemuruhnya anda ketika sedang mengacarakan sesuatu majlis. jika anda terlalu gemuruh, kemungkinan akan membuatkan anda gagap, dan tidak mampu untuk bercakap dengan betul. Adalah penting untuk mengawal gemuruh anda kerana sekiranya anda gagap, ianya akan membuatkan orang lain berasa gelisah terhadap anda, serta keseluruhan majlis tersebut.

Diharapkan dengan kriteria ini dapat serba sedikit membantu anda untuk menjadi seorang pengacara majlis yang berkaliber serta bertaraf dunia, seperti Datuk Mahadzir Lokman.


Sumber : Tidak diketahui



Adbox