Adbox

Thursday 26 November 2020

GELAGAT SEMASA MAJLIS AKAD NIKAH

November 26, 2020

Akad Nikah Lawak


 

Soalan Bocor Tok Kadi Semasa Majlis Nikah


Soalan Wajib Sebelum Akad Nikah



Tersasul Semasa Akad Nikah


Sewaan Pa System, Sound System, Kareoke, Deejay, Emcee, Kahwin, Event, Kenduri Kahwin, Majlis Perkahwinan


Kami menawarkan perkhidmatan sewaan peralatan audio system, karaoke, deejay dan emcee untuk sebarang majlis. Kami menerima tempahan dari individu, sektor awam, sektor korporat mahupun NGO.

* DJ berpengalaman akan mengikut aturcara majlis yang ditetapkan
* Audio/Bunyi kompang, doa dan selawat pengantin disediakan
* Sesi Karaoke dan sistem karaoke tanpa mengganggu majlis 
* Lagu2 romantik / perkahwinan / pilihan pelanggan (mengikut tema ditetapkan)
* Beroperasi antara 2-5 jam, samaada majlis berlangsung pagi, petang atau malam 
* Tiada kos tersembunyi atau kos tambahan yang lain (kecuali sebarang tambahan atas permintaan pelanggan)
* Majlis / acara akan lebih jelas dan berjalan lancar dengan mengikut aturcara ditetapkan
* Sehingga 4 speaker yang menghasilkan bunyi yang lebih lembut dan sekata ke seluruh kawasan majlis /acara tersebut


Peralatan yang disediakan: 

a. 2 Speaker 16 inch with speaker stand 
b. 2 Speaker 10 inch (monitor speaker for karaoke)
c. 1 Power Mixer (Build-in Power Amp)
d. 2 High Quality Wired Mic
e. 2 High Quality Wireless Mic
f. 1 LCD Monitor 12 Inch


Kami turut menerima tempahan untuk majlis/ program/ acara/ festival/ pameran untuk jangkamasa panjang dengan tawaran kadar caj yang menarik dan berpatutan. Hubungi kami untuk butiran selanjutnya. Hanya untuk sekitar LEMBAH KLANG sahaja (Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan Selangor yang berdekatan)

Kunjungi laman web kami untuk info selanjutnya.

CloudText Tagged
#deejay #emcee #pasystem #karaoke #melayu #islam #islamic #pertunangan #perkahwinan #malaysia #kl #kualalumpur #selangor #putrajaya #negerisembilan #ampang #seremban #cyberjaya #portdickson #gurindam #pantun #joget #warisan #budaya #inang #zapin #nasyid #movie #love #quotes #deejaykahwin #emceekahwin #festivalperkahwinan #kekasihpaksarela #lafazkankalimahcintamu #mycoffeprince #mrcinderella #pokyacongcodei #SabriYunus #faridkamil #anugerahjuaralagu

Saturday 21 November 2020

Perkahwinan Adalah Menyempurna Impian Setinggi Awan

November 21, 2020

  


 


 

 


Perkahwinan Adalah Menyempurna Impian Setinggi Awan


Habis PKP nanti dah boleh start survey pakej-pakej menarik untuk buat majlis perkahwinan anda. Atau sekarang pun boleh survey. Pastikan pilihan yang terbaik untul majlis anda. Suaipadankan dengan bajet yang ada.


Dan jangan lupa kami juga ada menyediakan perkhidmatan sewaan pa system dan pengacara majlis untuk perkahwinan anda nanti.


Sewaan Pa System, Sound System, Kareoke, Deejay, Emcee, Kahwin, Event, Kenduri Kahwin, Majlis Perkahwinan


Kami menawarkan perkhidmatan sewaan peralatan audio system, karaoke, deejay dan emcee untuk sebarang majlis. Kami menerima tempahan dari individu, sektor awam, sektor korporat mahupun NGO.

* DJ berpengalaman akan mengikut aturcara majlis yang ditetapkan
* Audio/Bunyi kompang, doa dan selawat pengantin disediakan
* Sesi Karaoke dan sistem karaoke tanpa mengganggu majlis 
* Lagu2 romantik / perkahwinan / pilihan pelanggan (mengikut tema ditetapkan)
* Beroperasi antara 2-5 jam, samaada majlis berlangsung pagi, petang atau malam 
* Tiada kos tersembunyi atau kos tambahan yang lain (kecuali sebarang tambahan atas permintaan pelanggan)
* Majlis / acara akan lebih jelas dan berjalan lancar dengan mengikut aturcara ditetapkan
* Sehingga 4 speaker yang menghasilkan bunyi yang lebih lembut dan sekata ke seluruh kawasan majlis /acara tersebut


Peralatan yang disediakan: 

a. 2 Speaker 16 inch with speaker stand 
b. 2 Speaker 10 inch (monitor speaker for karaoke)
c. 1 Power Mixer (Build-in Power Amp)
d. 2 High Quality Wired Mic
e. 2 High Quality Wireless Mic
f. 1 LCD Monitor 12 Inch


Kami turut menerima tempahan untuk majlis/ program/ acara/ festival/ pameran untuk jangkamasa panjang dengan tawaran kadar caj yang menarik dan berpatutan. Hubungi kami untuk butiran selanjutnya. Hanya untuk sekitar LEMBAH KLANG sahaja (Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan Selangor yang berdekatan)

Kunjungi laman web kami untuk info selanjutnya.

Untuk tempahan dan pertanyaan tarikh, sila hubungi kami menerusi whatsapp 011-62099363:

https://wa.me/message/JK3EGAXDMQBYB1


CloudText Tagged
#deejay #emcee #pasystem #karaoke #melayu #islam #islamic #pertunangan #perkahwinan #malaysia #kl #kualalumpur #selangor #putrajaya #negerisembilan #ampang #seremban #cyberjaya #portdickson #gurindam #pantun #joget #warisan #budaya #inang #zapin #nasyid #movie #love #quotes #deejaykahwin #emceekahwin #festivalperkahwinan #kekasihpaksarela #lafazkankalimahcintamu #mycoffeprince #mrcinderella #pokyacongcodei #SabriYunus #faridkamil #anugerahjuaralagu

Friday 13 November 2020

Doa Majlis Perkahwinan

November 13, 2020

 


DOA MAJLIS PERKAHWINAN

 ............ 

NAMA PASANGAN PENGANTIN
___________________________

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engkau kurniakan kepada kami.


Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda kesyukuran kami di atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka (NAMA PASANGAN PENGANTIN)


اَللَّهُمَّ يَا رَحِيْمُ يَا وَدُوْدُ يَا ذَاالْجُوْدِ وَاْلكَرَمِ
Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat-Mu ya Allah, kurniakanlah kepada kedua mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat dan selamat serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Perkukuhkanlah ikatan kasih sayang dan hormat menghormati antara mereka, berakhlak mulia dan berbudi bahasa, serta beriman dan bertakwa kepada-Mu ya Allah pada setiap masa.


اَللَّهُمَّ يَا بَدِيْعَ السَّمـوَاتِِِ وَالأَرْضِ

Berkat keagungan-Mu dan sifat Rahim-Mu Ya Allah, kami memohon agar peliharakanlah kami dari malapetaka dan mara bahaya. Daripada Sifat Buruk Manusia Yang Berniat Serong serta jauhilah kami dari segala keburukan yang akan menimpa sama ada berupa peringatan mahupun ujian yang tidak dapat diduga. Jika ia berupa ujian, maka kurniakanlah kepada kami ketabahan dan kesabaran. Jika ia berupa peringatan maka ampunilah kami sebelum ia mendatang. Ya Allah, kami memohon rahmat-Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal-afiat kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi meraikan dan memeriahkan majlis yang diberkati ini.

اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ اْلعَرُوْسَيْنِ كَمَا أَلَّفْتَ بَيْنَ الْمَاءِ وَالطِّيْنِ وَ بَيْنَ آدَمَ وَحَوَّاء، وَبَيْنَ إِبْرَاهِيْمَ وَهَاجَرَ وَسَارَه، وَبَيْنَ يُوْسُفَ وَزُلَيْخَة، وَبَيْنَ أَيُّوْبَ وَرَحْمَةَ، وَبَيْنَ مُوْسَى وَصَفُوْرَه، وَبَيْنَ سُلَيْمَانَ وَبَلْقِيْس، وَبَيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَزَوْجَاتِهِ الْمُطَهَّرَاتِ رِضْوَانُ اللهِ عَلَيْهِنَّ أَجْمَعِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَتَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَمَحْرُوْمًا يَا أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.




Memahami Matlamat Perkahwinan

November 13, 2020


HIDUP berpasangan adalah fitrah semula jadi dan setiap sesuatu itu ada pasangannya, umpama siang dengan malam, pasang dan surut. Begitu juga dengan manusia, melalui perkahwinan menemukan pasangan untuk mengharungi segala suka duka kehidupan.

Perkahwinan dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Ada banyak ayat al-Quran mengenai pensyariatan perkahwinan memenuhi tuntutan fitrah semula jadi manusia.

Menerusi tajuk 40 ayat al-Quran mengenai keluarga yang dibincangkan dalam rancangan Pesona D'Zahra di IKIMfm, Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin menjelaskan hukum berkahwin yang terbahagi kepada empat, iaitu wajib, sunat, makruh dan haram.

Berkahwin menjadi wajib apabila seseorang itu berkemampuan fizikal dan mental serta bimbang jika diri akan terjerumus ke lembah maksiat dengan melakukan zina. Perkahwinan boleh menjadi sunat apabila seseorang itu yakin tidak akan terjebak dengan zina dan maksiat.

Namun, pada masa sama dia juga tidak ragu untuk berkahwin kerana mampu menyediakan keperluan asas dan menjaga kebajikan isteri dengan baik.

Makruh melangsungkan perkahwinan seandainya seseorang itu bimbang ragu akan melakukan kezaliman terhadap isteri seperti tidak mampu menyediakan keperluan asas. Kebimbangan itu tidaklah cenderung kepada yakin, tetapi sedikit ragu sahaja.

Begitu juga yang mempunyai penyakit serius, berjangkit seperti HIV adalah makruh bagi mereka berkahwin.

Individu diharamkan berkahwin ialah yang mempunyai kesanggupan berkahwin, tetapi menimbulkan bahaya kepada bakal isterinya seperti lelaki yang berkahwin dengan tujuan menyakiti bakal isterinya. Maka perkahwinan itu hukumnya haram.




Fitrah hidup berkasih sayang

Islam meraikan fitrah dan keperluan hidup manusia seperti ingin dikasihi, mempunyai pasangan hidup dan keluarga sebagai tempat menerima serta mencurahkan kasih sayang. Oleh itu, menurut Muhammad, mereka yang berkemampuan dan cukup syarat dianjurkan berkahwin.

Allah SWT berfirman bermaksud: "Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan." (Surah al-Rum, ayat 21)

Islam turut memberi panduan bagi generasi muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya tidak mencukupi menanggung keluarga.

Dalam hal ini, jika usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepas menunaikan segala tanggungjawab sebagai suami isteri sebaiknya, yakinlah rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu.

Di negara Barat menerima perkahwinan sesama jantina dan Islam sama sekali-kali tidak mengiktiraf hubungan sedemikian. Bahkan, Islam tidak mengiktiraf perkahwinan mana-mana pihak yang membuat pembedahan tukar jantina.

Adil dalam perkahwinan

Allah SWT berfirman bermaksud: "Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka berkahwin dengan seorang sahaja, atau hamba sahaya yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat untuk tidak melakukan kezaliman." (Surah an-Nisa', ayat 3)

Allah SWT menetapkan seorang lelaki itu berkahwin tidak boleh lebih daripada empat isteri. Ia bertujuan membatasi lelaki supaya tidak berbuat sesuka hatinya kerana mereka dibenarkan berkahwin lebih daripada satu dengan syarat berkemampuan serta mampu berlaku adil.

Jika bimbang tidak dapat berlaku adil, maka berkahwinlah dengan seorang sahaja. Allah SWT menjanjikan ganjaran yang hebat kepada suami yang berlaku adil terhadap isterinya.

Sabda Rasulullah SAW: "Orang yang berlaku adil di sisi Allah nanti akan ditempatkan di atas mimbar yang diperbuat daripada cahaya dari sebelah kanan al-Rahman 'Azza wa Jalla (Allah) lalu Nabi mengangkat tangan kanannya. Orang yang termasuk golongan itu (sebelah kanan Nabi) adalah orang yang adil dalam pemerintahannya, adil terhadap isterinya dan tidak menyimpang." (Riwayat Muslim)


Sumber : Berita Harian

Tuesday 3 November 2020

Tips Kahwin : Aturcara Majlis Perkahwinan

November 03, 2020
gambar sekadar hiasan



Aturcara Standard Majlis Perkahwinan

(jika majlis diadakan dalam dewan supaya nampak lebih teratur dan kemas)


11.00 Pagi - 12.30 Tengahari

Ketibaan Tetamu/ Jamuan

Emcee akan menglu-alukan ketibaan dan menjemput menikmati hidangan (jika setting buffet)

(Instrumental/ Romantic Wedding Songs)


12.30 Tengahari - 2.00 Petang

Jamuan masih diteruskan

Ketibaan Pasangan Pengantin

Semasa berjalan/ berarak, pengantin lelaki sebelah kanan dan pengantin perempuan sebelah kiri, bunga tangan jangan lupa.


A. Ketibaan Pengantin Sehingga Pintu Gerbang/ Pintu Masuk Dewan

Boleh mainkan audio kompang (jika tiada pasukan kompang).


B. Berarak ke Pelamin

Boleh pasang lagu bersesuaian, lazimnya dialunkan Selawat Taslim.

Dimulakan dengan wakil keluarga kedua-dua belah pihak membawa masuk dulang hantaran (jika ada).

Kemudian Pasangan Pengantin akan berjalan menuju ke pelamin dengan diiringi lagu pilihan.


C. Pengantin Bersanding di Pelamin

Kata-kata Aluan oleh Emcee

Jika ada tetamu daripasa kalangan VVIP hendaklah dimaklumkan kepada Emcee

Semasa bersanding pengantin lelaki duduk sebelah kanan, pengantin perempuan duduk sebelah kiri.


D. Bacaan Doa

Sebaik-baiknya ahli keluarga/ ustaz tetapi jika tidak ada, emcee boleh membacakan doa standard majlis perkahwinan.


E. Merenjis/ Salam Restu

Lagu Perkahwinan dipasangkan bersesuaian dengan mood majlis

Jika tiada merenjis boleh buat salam restu, ini supaya ada pengisian semasa pengantin bersanding.

Nama-nama hendaklah diberikan oleh pengantin

Jika tiada senarai nama, boleh ikut turutan berikut :

Ayah & Ibu, Datuk & Nenek, Ibu & Ayah Suadara, Adik Beradik & Ipar-Duai (sebelah pengantin lelaki dan sebelah pengantin perempuan)


F. Makan Beradab Bersama Keluarga

Nama-nama wakil keluarga yang akan duduk sama di meja utama makan beradab jika meja makan beradab disediakan untuk keluarga juga. Jika meja makan beradab hanya untuk pengantin saja, maka hanya pengantin berdua saja.


G. Potong Kek/ Pulut Kuning

Lagu tema untuk acara potong kek ini boleh dicadangkan oleh pengantin.


H. Ucapan Khas Penghargaan Keluarga (jika ada)

Wakil keluarga pengantin (ayah dan ibu lazimnya)

Wakil keluarga rombongan (ayah dan ibu lazimnya)

Pasangan Pengantin juga digalakkan memberi ucapan


Jika tiada ucapan maka boleh diteruskan dengan sesi bergambar bersama keluarga.


2.00 petang - 4.00 petang

Jamuan masih diteruskan

Sesi bergambar masih diteruskan

Sesi agak santai (Free & Easy)

(Instrumental/ Romantic Wedding Songs)


gambar sekadar hiasan


Nota Penting :


i. Audio kompang & selawat hanya cadangan saja. Boleh ditukar kepada lagu lain yang bersesuaian.

ii. Jika pasangan pengantin memakai suit & dress, emcee boleh mengenakan pakaian bersesuaian. Tetapi jika memakai baju songket/ tradisional yang lain, maka emcee boleh memakai baju melayu.

iii. Lazimnya draf teks emcee akan diberikan awal kepada pengantin/keluarga untuk semakan dan boleh diedit mengikut kehendak pengantin/keluarga.

iv. Maklumkan emcee konsep@tema majlis, supaya boleh disuaipadankan dengan teks emcee.

v. Emcee bukan sound man/crew. Jika dewan hanya menyediakan sound system, maka anda perlu melantik seorang crew untuk menjaganya. Jika anda tidak ada orang yang berpengalaman, maka dinasihatkan untuk mengupah seorang crew. Emcee juga boleh membawa seorang crew dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan.

vi. Emcee juga bukan Floor Manager/ Event Cordinator. Untuk memastikan kelancaran majlis, maka perlu dilantik seorang Floor Manager/ Event Cordinator daripada kalangan ahli keluarga. Peranannya adalah sebagai Ketua Majlis dan menjadi tempat rujukan jika ada sebarang keperluan. Dan jika perlu boleh lantik beberapa orang usherer untuk membantu Floor Manager/ Event Cordinator.


CC Aturcara Kepada:
Floor Manager/ Usherer
Ahli Keluarga
Team Pramusaji
Pasangan Pengantin
Emcee & Crew


Be prepared emcee interview spontan, jika tiada speech 🤗😍🤩

Caj Emcee : RM700.00 (1 orang)
Caj Crew : RM200.00 (1 orang)
Harga boleh dirunding.


Untuk tempahan perkhidmatan Emcee (Pengacara Majlis) boleh whatsapp:

Adbox