Adbox

Tuesday 6 March 2018

Lelaki dan Perkahwinan

March 06, 2018



Tidak ramai lelaki moden hari ini meletakkan idea berkahwin itu sebagai satu kemestian dalam agenda hidup mereka. Sama ada mereka tidak pernah serius memikirkannya atau masih belum bertemu dengan apa yang mereka cari.

Dalam satu artikal ditulis Hillary White menyatakan alasan mengapa lelaki takut mengakhiri zaman bujang mereka adalah atas alasan “woman aren’t women anymore” tambah Hillary, kebanyakkan wanita hari ini menganggap lelaki sebagai persaing juga musuh atas alasan yang kabur.

Apa yang menarik tentang tulisan Hillary menerusi artikalnya “Young Men Giving Up On Marriage”apabila dia menulis bahawa lelaki hari ini sudah penat dipersalahkan wanita setiap kali pertelagahan atau perpisahan terjadi.

EH! merungkai lebih lanjut perihal lelaki dan perkahwinan.

Tiada Lagi Kebebasan

Lelaki di lahirkan  independent by nature. Setiap apa yang dilakukan atau diputuskan, tidak perlu pengaruh atau nasihat sesiapa dan lelaki hidup dalam aturan hidup mereka sendiri. Kerana itu jugalah ego lelaki dikatakan sangat tinggi disebabkan mereka tahu apa yang mereka mahu. Komitmen dalam perkahwinan tentu sahaja akan membataskan kebebasan melakukan apa jua hal yang biasa mereka lakukan ketika hidup solo.


Apa Lelaki Mahukan Dalam Perhubungan?

Amber Madison melakukan kaji selidik tentang lelaki dan perhubungan menyatakan kebanyakan lelaki mahukan perkahwinan mereka berlandaskan kejujuran. Tambah Madison mungkin lelaki tidak nampak serius bila bercakap tentang perkahwinan namun daripada kajian dilakukan, 54 peratus lelaki bersetuju bahawa perkahwinan itu perlu setelah bertemu dengan wanita yang mereka mahu habiskan masa bersama. Selain itu lelaki juga mahukan bakal isteri mereka bijak komunikasi, miliki personaliti yang menyenangkan dan tidak materialistik.


Fakta Lelaki Dan Perkahwinan
  • Lelaki dan idea persiapan perkahwinan bagai langit dan bumi. Bukan kerana tidak menginginkan perkawinan mewah cuma bagi mereka berlebih-lebihan untuk majlis perkahwinan bukan sesuatu yang mereka inginkan.
  • Lelaki sebetulnya lebih memikirkan tentang kehidupan selepas kahwin dan hal ini tentu saja berbeza dengan wanita yang punya banyak keinginan dalam merealisasikan majlis yang mereka idamkan.
  • Jim Burns dalam artikelnya menulis lelaki adalah makhluk yang paling insecure. Perkahwinan adalah perkara yang menuntut mereka berfikir lama dan antara alasan utama adalah kerana kurang kepercayaan terhadap diri sendiri.

Sumber : http://eh.com.my/artikel/perhubungan/lelaki-dan-perkahwinan/

Tujuan Berkahwin

March 06, 2018



Setiap manusia Allah ciptakan hidup berpasangan dan saling melengkapi antara satu sama lain. Lelaki dan perempuan merupakan makhluk Allah yang sangat unik. Lelaki secara fizikalnya berbentuk gagah dan kuat. Sifat inilah yang menjadi pelindung kepada perempuan. Perempuan pula fizikalnya lebih lemah berbanding lelaki. Sebab itulah Allah campakkan sifat lemah lembut dan penyayang kepada perempuan sesuai dengan nalurinya. Allah menjadikan mereka adalah untuk mencukupi antara satu sama lain.

Firman Allah taala:
“Dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (Hawa), dan daripada kedua-duanya Allah mengembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai.”
(Surah An nisa, ayat 5)

Perkahwinan merupakan antara satu tingkat kitaran hidup seseorang. Apabila mencapai umur tertentu atau tiba masa tertentu, setiap manusia yang sifatnya normal memerlukan teman untuk terus hidup berkongsi perasaan, naluri, suka, duka dan pelbagai perasaan lagi. Tujuan perkahwinan itu sendiri adalah sebenarnya berbentuk umum. Tetapi pernahkah kita tahu apa tujuan perkahwinan yang sebenar menurut agama islam ? Pada artikel kali ini, kami akan berkongsi beberapa tujuan perkahwinan yang telah dinyatakan oleh islam.

Fitrah manusia normal.
Lelaki menyukai perempuan dan perempuan menyukai lelaki merupakan satu perasaan yang bersifat fitrah, maksudnya semulajadi. Ia menjadi tidak fitrah jika lelaki menyukai seorang lelaki atau perempuan menyukai seorang perempuan kerana ia bertentangan dengan naluri asal seorang lelaki atau wanita. Jadi untuk menghubungkan antara lelaki dan perempuan, maka Allah swt. menetapkan perkahwinan untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Sunnah Rasulullah dan rasul sebelumnya.
Perkahwinan juga menjadi amalan nabi dan rasul terdahulu. Sebagaimana nabi kita, Muhammad saw, baginda tetap berkahwin dan baginda merupakan contoh teladan yang terbaik buat umat manusia. Jadi sesiapa yang berkahwin, maka ia telah mengikut salah satu sunnah rasul.

Rasulullah bersabda dalam satu hadis yang riwayat oleh al Baihaqi daripada abu hurairah yang bermaksud;
“Sesiapa yang suka kepada fitrahku, maka hendaklah dia melakukan sunnahku. Sebahagian daripada sunnahku adalah nikah”.

Melindungi diri dan memelihara daripada keruntuhan akhlak.
Antara tujuan perkahwinan yang lain adalah ia melindungi diri kita dan memelihara kita daripada keruntuhan akhlak dan moral. Lihat sahaja cara hidup golongan daripada negara barat. Berapa banyak kerosakan yang berlaku dalam kalangan remaja mereka yang hidup bebas dan tiada mempunyai ikatan sebagai suami isteri. Mereka bertukar pasangan apabila bosan dengan pasangan yang lama. Tiada rasa tanggungjawab antara lelaki dan perempuan kerana mereka tiada ikatan yang sah. Hal ini akan merosakkan agama dan bangsa mereka sendiri.

Perkongsian hidup.
Apabila berkahwin seorang lelaki dan perempuan, ia juga bermaksud berkongsi segala-gala. Susah, senang, perasaan suka dan duka serta segala-gala kehidupan kita dengan pasangan kita. Di dalam hidup sebagai suami atau isteri, pasti akan ada halangan yang bakal ditempuhi. Jadi bila berpasangan, ia akan menjadikan kita lebih kuat, dengan syarat mesti ada perasaan bertolak ansur dan rasa bertanggungjawab dalam perhubungan. Saling melengkapi antara satu sama lain. Percayalah, perkahwinan kita akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan dan bahagia jika kita pandai menguruskannya.

Sebagai ibadah dalam meramaikan ummat islam.
Perkahwinan itu juga merupakan salah satu ibadah jika kita melakukannya dengan niat yang betul kerana Allah, dan kita akan dibalas dengan pahala oleh Allah. Dengan perkahwinan, secara tidak langsung kita akan meramaikan umat nabi muhammad dan pengikut islam itu sendiri. Islam akan menjadi bertambah kuat dan lebih berkualiti jika kita berjaya mendidik keturunan kita untuk memahami islam yang sebenar. Bertambahnya zuriat, menjadi tanggungjawab ibu bapa membimbing anak-anak mereka untuk menjadi umat islam yang berkualiti dan memberi sumbangan kepada agama islam.

Sebagai kesimpulannya, perkahwinan merupakan sebahagian daripada tuntutan agama dan fitrah normal sebagai seorang manusia. Jika kita mampu, maka segeralah berkahwin. InsyaAllah, pasti kita akan merasai hikmah dan nikmat perkahwinan tersebut.

Sumber : BaitulMuslim

Sunday 11 February 2018

DILEMA PENYEDIA PERKHIDMATAN MAJLIS/ACARA

February 11, 2018




Selalunya penyedia perkhidmatan perkahwinan dan majlis/acara akan terima permintaan/ pertanyaan yang pelik-pelik dari pihak-pihak yang mencari perkhidmatan sebegini (bakal pengantin, keluarga pengantin, tukang survey harga, dll). Contohnya :

1. Boleh saya nak pelamin macam Yuna tapi saya bajet RM1000 saja?
2. Kalau saya nak deejay, pa system dan live band dengan bajet RM600 boleh?
3. Saya nak batalkan tempahan, boleh saya dapat refund?

Dan bermacam-macam lagi permintaan/ pertanyaan. Di sini kita berikan sedikit gambaran ya supaya semua mudah faham.

Seperti mana-mana perniagaan, penyedia perkhidmatan perkahwinan atau majlis/acara, mempunyai kos-kos tertentu yang perlu ditanggung. Waima, bil elektrik/telefon dan minyak/tol kenderaan tetap kena bayar.

Bila anda yang mencari perkhidmatan ini, dan kemudian memberikan kami harga dan permintaan yang mengarut, bolehkah kami diamkan saja?

Permintaan/ Pertanyaan no 1 dan no 2  di atas, walaupun anda rasa nilainya besar tetapi sebenarnya ia sangat kecil berbanding apa yang bakal kami nyatakan di sini.

Tahukah anda, kos pengangkutan saja sudan mencecah RM300-600 tertakluk kepada destinasi. Itu belum lagi upah untuk team kami dan selalunya tenaga kerja lebih dari 3 orang. Dan sepertimana lain-lain perniagaan, kami juga perlukan pendapatan dan keuntungan. Adakah sebegitu rupa anda menilaikan penat lelah dan tenaga kerja kami?

Apakah sudah menjadi kelaziman di Malaysia (mungkin), meminta sesuatu yang boleh memenuhi kehendak sendiri? Bezakan antara keperluan dan kehendak. Setiap kehendak itu akan melibatkan anda perlu mengeluarkan sesuatu yang lebih dari kebiasaan untuk mencapainya. Seperti anda membeli/ membina rumah, berbeza membeli/membina dengan berharga RM50ribu dan RM500ribu. Anda seharusnya sudah tahu tentang perkara itu.

Manakala untuk soalan no 3, kita bayangkan anda hendak membeli rumah atau kereta, boleh anda membatalkan tempahan sewenang-wenangnya? Adakah anda akan dapat kembali deposit tersebit jika membatalkannya dengan begiti saja?

Demikian juga untuk tempahan dan deposit yang dibayar untuk anda locked tarikh kami. Sudah tentu kami telah lapangkan masa kami pada tarikh tersebut. Malah kami juga telah menolak tempahan lain yang datang jika ada yang bertanya apabila telah ada yang membuat bayaran deposit sebagai tanda pengesahan tempahan.

Jadi, kerana itulah kami tidak akan memulangkan deposit. Anda meminta komitmen kami untuk majlis anda, tetapi anda memungkirinya pula dengan mahu membatalkannya dengan sewenang-wenangnya.

Diharap perkongsian ini dapat difahami dan disebarkan. Supaya tidak ada pihak-pihak yang melayan kami seperti kami makan pasir sahaja setiap hari atau tidak mempunyai perbelanjaan untuk disara.

Terima kasih pada semua yang sudi membaca dan berkongsi tulisan ini.


Saturday 20 January 2018

13 Patang Larang Sebelum Perkahwinan

January 20, 2018

Pantang larang ini boleh dikatakan amalan turun menurun daripada orang dahulu. Jadinya utk anda yg bakal nak kahwin tidak lama lagi boleh mencuba ye.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul.
2. Elakkan makan ulam-ulaman/buah-buahan yang akan mendatangkan bau mulut.
3. Jangan mandi malam kerana dipercayai tidak elok untuk sendi dan juga dalaman.
4. Kurangkan makan makanan laut.
5. Elakkan makanan dan minuman yang sejuk.
6. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah.
7. Mengamalkan pengambilan jamu untuk kesihatan dalaman.
8. Jangan sering memilih untuk bermalam di rumah orang.
9. Elakkan minum soya dan makan timun.
10. Jangan makan kepala ayam sebab admin dpt tahu ianya boleh mengakibatkan anda mengantuk.
11. Jangan memakai celana dalam ketat.
12. Jangan berembun, keluar malam, keluar tanpa tujuan bagi mengelakkan unsur jahat.
13. Urutan sebelum menjelang hari bahagia.

Ini hanya sekadar perkongsian, tidak salah untuk mengikutinya atau tidak. Yang penting anda semua perlu menjaga diri sebaiknya ye.

#deejaykahwin #deejay #pasystem #emcee #perkahwinan #pantanglarang #melayu #adatresam #deejaymurah #berpatutan #festivalperkahwinan

Saturday 13 January 2018

Tips Perkahwinan: 25 Perkara Perlu Anda Lakukan Pada Hari Perkahwinan

January 13, 2018

Selepas bertungkus lumus selama 12 bulan merancang majlis yang paling sempurna,pasti anda ingin semuanya berjalan lancar pada hari tersebut. Di sini ada 25 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Memastikan Anda Jalani Majlis Dengan Happy.

1. Pastikan anda dapat tidur yang secukupnya.
Anda perlukan tenaga yang secukupnya untuk bertahan sepanjang majlis. Jadi tidur awal supaya tidak terbabas dan lemah lesu keesokkan harinya.

2. Bangun awal solat subuh.
Bangunlah awal solat subuh, mulakan hari penting ini dengan restu-NYA. Doa pada-NYA untuk permudahkan segala urusan majlis.

3. Jangan lupa makan sarapan pagi.
Ramai pengantin yang ambil mudah perkara penting ini, sibuk mengendali itu ini hingga tidak makan sarapan.

4. Bersiap sedia awal supaya tidak kelang kabut.
Jangan tunggu hingga saat akhir untuk bersiap-sedia. Pastikan makeup artis sampai ke lokasi tepat pada waktu. Double check baju pengantin anda jika ada kehilangan butang, benang terlerai dll.

5. Pengantin lelaki, pastikan cincin nikah ada bersama anda.
Jangan nanti waktu nak sarungkan cincin kalut mencari cincin di setiap pocket. Jadi lantik seorang bestman untuk bantu ingatkan anda perkara-perkara sebegini.

6. Ketika makeup, pakai T-Shirt
Ketika memakai makeup, pakai T-Shirt supaya baju pengantin anda tidak comot terkene bahan-bahan makeup. Akan tetapi jangan lah memakai T-Shirt lusuh yang buruk, kerana photographer akan mengambil proses memakai makeup. 
Tidak manis lah jika kelihatan T-Shirt tidur yang berlobang dan lusuh. Untuk lebih selamat, minta photographer datang shoot pada saat akhir makeup, apa bila anda telah salin ke baju pengantin.

7. Tulis nota pendek dan sweet, minta rakan anda pas kan pada pasangan anda.
Perkara ini tidak wajib, tapi pasti anda akan tersenyum manis jika terima surat yang amat sweet dari bakal suami/isteri pada pagi hari nikah.

8. Adakan meeting sesame dulang boys.
Kenapa adakan meeting hanya untuk dulang boys? Mesyuarat pendek ini hanya untuk bincangkan mengenai disiplin diri masing-masing. Pastikan jangan hadir lambat dan buat perkara-perkara nakal “prank" ke pasangan pengantin.

9. Selesakan kasut baru
Jika anda menempah kasut baru, pastikan anda pakai kasut itu seminggu sebelum majlis. Ini untuk mengelakkan kaki anda melecet dari memakainya pada hari majlis. Semua wanita pasti setuju, kaki melecet bukan lah satu perkara yang best.

10. Jangan sembur minyak wangi berlebihan.
Jangan lupa pakai minyak wangi, tetapi jangan lah juga sembur terlalu banyak hingga sakit hidung mereka yang lalu. Minta bridesmaid anda untuk pegangkan botal minyak wangi supaya jika baunya hamper pudar boleh sembur kembali.

11. Bridesmaids sila pastikan semua berjalan lancar.
Bridesmaids, inilah tugas anda. Dari ramai-ramai rakan pengantin, anda adalah golongan terpilih untuk memastikan majlis rakan karib anda berjalan dengan lancar. Jadi, jangan hampakan puteri sehari itu.

12. Jangan lupa bawa bersama Survival Kit anda.
Dalam blog post lepas, kami ada kongsikan senarai barang yang perlu ada dalam Survival Kit. Jangan lupa Survival Kit yang amat penting dan berguna itu.

13. Ambil selfie
Ambil beberapa keeping selfie sebagai kenangan, bukan hari-hari anda dapat dress up seperti tuan puteri.

14. Letak phone jauh-jauh
Selain dari mengambil selfie, jauhkan diri dari telefon. Lantik salah seorang bridesmaid untuk menjawab calls.  Kerana pasti ramai yang akan menelefon untuk bertanya jalan dan sebagainya. Anda hanya focus, bersiap-sedia untuk berkahwin!

15. Hilangkan cuak anda.
Siapa tak nervous, dalam masa beberapa jam lagi anda perlu lafazkan akad depan khalayak ramai dan akan melangkah masuk alam perkahwinan. Bridesmaid dan groomsmen, jalankan tugas anda untuk tenangkan pasangan raja sehari ini.

16. Berhenti, tarik nafas panjang.
Sebelum berarak ke pelamin atau lokasi akad nikah. Berhenti seketika, tarik nafas panjang dan lihat sekeliling. Hayati penat lelah anda merancang majlis paling bermakna ini.

17. Rasa makanan yang dihidang
Curi masa untuk menikmati masakan yang dihidang di meja makan beradap.

18. Mintak bridesmaid bawakan makanan semasa anda bersiap.
Pada hari tersebut, 5 minit pun pasti anda tidak ada untuk menghayati makanan majlis. Jangan biar perut anda kosong, minta tolong bridesmaid dan groomsmen bungkuskan makanan dan bawa ke bilik bersiap.

19. Tegur semua tetamu dengan senyuman walau penat mana pun.
Pasti semua saudara-mara, rakan zaman sekolah rendah akan hadir pada majlis anda. Walau penat macam mana pun, tegurlah mereka dengan senyuman. Setiap tetamu yang hadir membawa doa kebahagiaan rumahtangga yang bakal anda bina.

20. Pastikan semua gambar penting telah diambil oleh photographer anda.
Seperti yang telah disenarikan di blog lepas, pastikan semua pose gambar yang penting dirakam oleh photographer. Pada yang memuat naik gambar di Instagram, maklumkan pada mereka untuk #hashtag supaya senang untuk anda cari gambar-gambar majlis itu nanti.

21. Jangan lupa bawak kasut spare yang selesa.
Semua wanita ingin kelihatan paling cantik pada hari majlis. Tapi bak kata pepatah inggeris “Beauty is Pain". Pasti separuh jalan majlis, kaki anda akan sakit dari memakai heels tersebut. Jadi bawalah flat shoe yang selesa dan matching dengan baju pengantin untuk disalin nanti.

22. Lantik seseorang yang boleh selamatkan anda dari tetamu yang becok.
Di setiap majlis, pasti akan ada tetamu yang telah lama tidak ketemu dan ingin “catch-up". Bukan salah, tapi ini bukan masa yang sesuai. Ramai tetamu lain yang perlu anda tegur dan mengucap terima kasih. Jadi, lantik seorang bridesmaid untuk datang selamatkan anda dari berdiri berjam-jam berborak dengan seorang tetamu tersebut.

23. Luang masa dengan ibu baba dan ibu bapa mertua.
Ingat, berkahwin bermaksud anda akan memulakan keluarga anda sendiri. Ibu bapa yang menjaga kita selama ini pasti berat hati untuk melepaskan anak mereka. Luangkan sedikit masa bersama mereka, ucapkan terima kasih dan buat mereka rasa walaupun dengan kehidupan baru, mereka tetap diutamakan.

24. Jangan smash kek kahwin. Jangan.
Haish… Tepuk dahi admin bila pergi ke majlis yang ada smash kek. Dik, majlis ni untuk menunjukkan kita dah matang dan bersedia untuk berdikari. Lagipun, aksi ini amat messy. Jika boleh elakkan ye.

25. Berikan senarai lagi yang anda telah pilih kepada DJ majlis
Akhir sekali, jangan lupa buat senarai lagu yang ingin anda mainkan pada majlis tersebut. DJ tidak kenal pasangan pengantin, jadi mereka akan memainkan apa-apa sahaja muzik yang berkaitan dengan kahwin. Dan selalunya muzik-muzik itu dan berapa best. Anda kenal pasangan anda, buat senarai lagu-lagu yang memberi makna dan memori pada anda berdua. Lagi elok, paskan senarai ini 2-3 hari sebelum majlis supaya DJ boleh bersiap-sedia.

SELAMAT PENGANTIN BARU! MOGA MAJLIS ANDA BERJALAN DENGAN LANCAR!


Adbox