Adbox

Tuesday 26 July 2022

SENARAI SEMAK CHECK LIST PERSEDIAAN MAJLIS PERKAHWINAN

July 26, 2022



Pernahkah timbul persoalan, cincin terpasang menandakan anda sudahpun melalui fasa pertunangan... tetapi sekarang bagaimana dengan persiapan yang berikutnya? Dengan begitu banyak tugas yang perlu diuruskan dan perincian yang perlu diatur, merancang perkahwinan mungkin kelihatan agak memenatkan namun sangat mengujakan. 


Jika anda memberi diri anda masa yang cukup untuk merancang dan menyusun tugas bulan demi bulan dengan senarai semak perancangan perkahwinan dan garis masa perkahwinan, kerja itu pastinya akan menjadi lebih seronok dan boleh mengurangkan tekanan kepada diri anda.


Jadi apa yang perlu anda lakukan? Mungkin dengan membaca artikel ini anda akan dapat serba sedikit gambaran perkara-perkara yang perlu anda lakukan untuk memastikan hari bahagia anda meninggalkan kenangan dan momen yang sangat indah dan bermakna.


1. Kenalpasti bajet anda terlebih dahulu. Supaya anda boleh memecahkan bajet tersebut kepada senarai perbelanjaan yang perlu dilakukan. Biasanya majlis perkahwinan dalam skala sederhana memerlukan bajet sekitar RM10,000 hingga RM15,000. Bagi yang berskala besar mahupun mewah, bajetnya pasti tidak kurang daripada RM15,000 hingga RM25,000. Jangan budayakan menyatakan apakah keperluan-keperluan anda tanpa mempunyai sejumlah peruntukan yang ditetapkan terlebih dahulu.


2. Tentukan apakah perkara-perkara penting yang perlu ada dalam majlis anda. Misalannya, pelamin, dekorasi, kerusi meja, juru andam, fotografer, videografer, emcee, pa system dan paling penting, LOKASI DI MANA MAJLIS ANDA AKAN DIADAKAN. Lazimnya sesetengah wedding avenue sudah mempunyai pelbagai pakej yang tinggal anda pilih berdasarkan citarasa dan keinginan anda.


3. Setelah itu, anda perlu memikirkan elemen-elemen lain untuk memastikan persediaan majlis anda berada pada tahap yang sepatutnya. Antaranya tempahan kad kahwin, barang-barang hantaran, pakaian bridesmaid dan groomsman, serta yang tidak kurang pentingnya, TEMA PAKAIAN KELUARGA ANDA TERUTAMA AYAHANDA DAN BONDA. Ya, bukan saja anda perlu kelihatan cantik dan menawan, tapi keluarga anda juga perlu kelihatan sempurna pada majlis anda nanti.


4. Sekiranya dalam keluarga anda belum pernah mengadakan majlis perkahwinan, atau sudah terlalu lama tidak mengadakan majlis seumpamanya, anda boleh pertimbangkan untuk melantik WEDDING PLANNER UNTUK MENGURUSKAN PERJALANAN MAJLIS ANDA. Namun perlu diingat, pastikan anda mengetahui bentuk servis dan bagaimana servis tersebut diberikan kepada anda. Kerana ada ketikanya wedding planner tidak menyediakan keperluan penuh sesuatu majlis, ini kerana sebahagiannya telah anda sediakan terlebih dahulu. Melainkan, anda melantiknya dari awal permulaan persiapan majlis anda.


Itu empat perkara yang boleh anda fikirkan sebagai permulaan. Lebih baik jika anda mempunyai Planner Book untuk menentukan tarikh-tarikh penting persiapan majlis anda. Supaya anda tidak terlepas pandang perkara tersebut. Buat reminder dalam smartphone anda jika perlu.


Semoga artikel ringkas ini memberi manfaat kepada anda. Jika anda perlukan Emcee dan juga pa system untuk majlis anda, boleh hubungi kami menerusi whatsapp https://wa.me/601162099363





Saya doakan majlis anda kelak berjalan dengan lancar. Dan jangan lupa libatkan keluarga anda, terutama ayahanda dan bonda dalam perbincangan majlis anda. Ini kerana mereka ada orang yang penting dalam hidup anda. Tanpa mereka, siapalah anda. 


TAG CLOUD : EMCEE, DEEJAY, PA SYSTEM, KARAOKE, MAJLIS PERKAHWINAN, AKAD NIKAH, DEWAN PERKAHWINAN, WEDDING GRAND HALL, VENUE NIKAH, WEDDING AVENUE, ATURCARA MAJLIS, TIPS PERKAHWINAN, SENARAI SEMAK PERKAHWINAN, SEWA PA SYSTEM, SEWAAN PA SYSTEM, KARAOKE KAHWIN, EMCEE KAHWIN, PENGACARA MAJLIS

Hikmah Perkahwinan Menurut Islam

July 26, 2022



Hikmat Perkahwinan Menurut Islam 


Umat Islam digalak untuk menghayati hikmat perkahwinan dalam Islam dari segi kepentingan perkahwinan untuk menjaga agama dan memelihara syahwat: 


(1) Pernikahan merupakan satu cara pasangan lelaki dan wanita sentiasa dalam keselamatan agama kerana perkahwinan akan membolehkan seseorang tidak membuat dosa dengan wanita atau lelaki ajnabi yang perhubungan antara kedua-duanya tanpa ikatan nikah akan menyebabkan dosa dan sebaliknya dengan perkahwinan perhubungan tersebut menjadi pahala kerana mereka melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan larangannya (surah al-Baqarah, 2: 223). 


(2) Dengan perkahwinan itu, kedua-dua pasangan boleh sentiasa dalam keadaan bersih suci daripada dosa dan keinginan syahwat serta mendapat pahala terhadap perhubungan mereka (surah al-Baqarah, 2: 222). Dengan ini seseorang yang dalam perkahwinan lebih mudah untuk mendapat keampunan dan mendapatkan syurga ketika di alam akhirat (surah al-Baqarah, 2: 221-223). 


(3) Mengelakkan diri daripada melakukan onani, iaitu menggunakan tangan untuk memuaskan nafsu syahwat yang menyebabkan Allah SWT tidak mahu memandangnya di hari akhirat (Qadi al-Maristan, 1970: 507).


Rumahtangga merupakan institusi pertama yang terpenting menurut Islam kerana dalamnya merupakan memiliki elemen terpenting bagi membolehkan pasangan lelaki dan wanita mendapat kebahagiaan ketika berada dalam kehidupan dunia. Artikel ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan untuk mengupas tafsiran ayat surah al-Baqarah (2: 221-223) daripada kitab tafsir turath Islam. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat tiga pengajaran yang boleh diambil daripada perbincangan tafsiran ayat ini, iaitu tuntutan dalam perkahwinan dalam Islam, adab berjimak dalam Islam, serta hikmah perkahwinan dalam Islam. 


Kredit kepada : Kamarul Azmi Jasmi Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia

Ustaz Azhar Idrus - Pendakwah Bebas - Tips Perkahwinan

July 26, 2022

USTAZ AZHAR IDRUS


TIPS PERKAHWINAN USTAZ AZHAR IDRUS

Hidup bujang lain. Hidup berkahwin lain. Semasa bujang, bila lapar boleh cari makan sendiri. Bila berkahwin, sudah kena suap mulut dua orang. Bila dah ada anak, kena suap mulut tiga orang pula.

Tidak boleh sesuka hati melayan isteri yang kita nikahi. Isteri pula tidak boleh layan suami sesuka hati. Mari kita dapatkan tips perkahwinan dari Ustaz Azhar Idrus.

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Monday 4 July 2022

10 Petua Suami Isteri Ceria Rumahtangga Bahagia

July 04, 2022



Lumrah berumahtangga, dugaan dan cabaran sentiasa datang dan pergi, pasang dan surut tidak mengenal masa dan ketika.

Pasangan mana yang tidak bergaduh, rumahtangga mana yang tidak bergegar. Ianya normal, tiada apa yang perlu dimalukan, hanya perlu banyak belajar dan bersabar.

Rumahtangga yang normal pasti ada pahit, manis, masam dan masin. Adakalanya pedas dan hangat, adakalanya sejuk dan nyaman.

Cuma yang membezakan suatu rumahtangga ialah bagaimana peranan itu dimainkan oleh setiap pasangan suami isteri.

10 Petua Rumahtangga Bahagia

1. Tiada rahsia

Dari sekecil-kecil keluar minum dengan kawan-kawan sehinggalah kepada sebesar-besar ingin berpoligami pun, biarlah berterus terang.

Namun harus diingat, untuk tidak berahsia kena ada ilmu. Kena belajar cara berbicara hal sensitif dengan pasangan.

Jangan pula disebabkan ‘tiada rahsia’, isteri sedang siang bawang tiba-tiba suami sebut,

“abang tak nak berahsia, abang nak kawin lain..”

Kan cari nahas tu..!

2. Hargai pasangan, terima kekurangan

Sebarang pertolongan, nasihat, peringatan, hadiah dan apa sahaja yang diterima, sentiasa bersikap berterima kasih kepada pasangan, walaupun hanya dengan sebuah ukiran senyuman yang ikhlas.

Masing-masing dilahirkan dan dibesarkan dalama suasana dan keluarga yang berbeza. Pastinya cara pasangan tidak sama dengan cara kita, baik dari segi budaya mahupun etika.

Apatah lagi bab percakapan, makanan kegemaran, cara memasak, cara urus dapur, hatta cara picit ubat gigi pun sudah pasti ada perbezaan! ðŸ˜€

Yang penting sentiasa bersikap terbuka untuk menerima sesuatu yang tidak salah.

Dalam masa yang sama, utamakan berbincang. Sekiranya inginkan pasangan berubah, setiap kali memberi nasihat, jangan lupa berikan masa. Biar berulang 10 juta kali pun, teruskan menasihat dan memberi masa.

Jangan sesekali mengharapkan pasangan berubah serta merta.

3. Susah senang sendiri, elak campur tangan orang tua

Jika anda mengalami masalah kewangan, elakkan untuk terus bercerita kepada orang tua atau mertua.

Anda bakal menyusahkan hati orang tua anda, mengakibatkan tekanan, yang mungkin akan mengganggu kesihatan mereka.

Lebih parah, mungkin boleh mengakibatkan terbuka aib pasangan, tercetus kebencian ahli keluarga terhadap pasangan, dan pelbagai akibat lain, yang kadangkala hanya berpunca dari mulut sendiri.

4. Berkongsi pinggan & berus gigi

Ini petua kebahagiaan yang paling mudah, murah dan menjimatkan untuk dilaksanakan.

Bagi penggeli atau yang terlalu pembersih, anda mungkin perlukan sedikit masa. Yang penting anda ada usaha ke arah pelaksanaan amalan ini.

Jika anda tanya doktor di manakah logiknya, mungkin mereka akan jawab pemindahan enzim yang berlaku akan membentuk keserasian dalam hubungan suami isteri.

Jika anda tanya doktor falsafah, mungkin mereka akan jawab suatu usaha ke arah keserasian akan membuka keserasian lain.

Jika anda tanya saya, pengalaman memaksa saya untuk bersetuju dengan petua ini! ^_^

5. Kenal Pencipta 5 kali sehari, bersama

Paksa diri untuk memulakan solat berjemaah. Pujuk pasangan untuk berjemaah. Elakkan marah jika pasangan enggan, tetapi teruskan memujuk di samping doa yang tak pernah putus.

“Ya Allah, bukalah pintu hati pasanganku untuk berjemaah bersamaku pada setiap waktu solat…”

Berusahalah untuk mengenal Allah s.w.t, insya-Allah kita akan kenal pasangan kita. Cara nak kenal Allah s.w.t, kenal diri sendiri dahulu.

Kenal diri untuk dapatkan kawalan, untuk kawal waktu solat yang akan menjurus kepada kawalan hidup, yang merangkum kawalan dalam rumahtangga.

6. Tekankan dhuha setiap hari

Dhuha itu bersifat melapangkan. Amalkan solat sunat dhuha setiap hari dan lihat kelapangan yang anda rasai.

Bukan sekali atau dua kali, tapi buatlah banyak kali, sehingga anda rasa ia adalah suatu kemestian. Jika tak buat, anda akan rasa gelisah dan tak senang duduk.

7. Wajibkan baca Quran setiap hari

Seorang huffaz kena baca sekurang-kurangnya 2 juzu’ Al-Quran sehari. Jika bukan huffaz, usahakanlah baca sekurang-kurangnya sehelai (2 muka) sehari atau sebanyak mana yang termampu untuk kita konsisten.

Sekiranya ada impian untuk anak-anak menjadi huffaz, usahakan juga hafal bersama-sama dengan anak-anak supaya mereka lebih bersemangat untuk menghafal. Dorongan ibu bapa sangat penting dalam kejayaan anak-anak.

8. Mohon doa ibu bapa & mertua

Setiap kali berjumpa dengan mereka, mohon mereka doakan kebahagiaan rumah tangga kita sampai ke syurga.

Sesungguhnya doa mereka adalah nikmat untuk kita bahagia dalam rumah tangga.

9. Sentiasa sihat & bertenaga

Pastikan pasangan dan anak-anak mendapat kesihatan yang baik melalui pemakanan yang seimbang dan elakkan makan makanan segera, dalam tin, pes, makanan ringan dan sebagainya.

Selain itu, amalkan juga makan vitamin untuk melengkapkan keperluan nutrisi keluarga anda. Sekurang-kurangnya makan vitamin asas seperti multivitamin, Vita C dan folik asid.

Aktiviti seperti senaman dan riadah juga bagus untuk kesihatan anda. Apabila tubuh badan sihat, maka kita pun akan lebih bertenaga untuk melakukan apa jua aktiviti bersama keluarga.

10. Seimbangkan keperluan seks

Bila dah lama berumahtangga ramai pasangan yang melebihkan keperluan kerja atau anak-anak berbanding keperluan seks pasangannya.

Terlalu melebih-lebihkan kerja, atau anak sehingga letih kepenatan dan menghilangkan mood untuk bersama.

Ada juga yang tidur berasingan dengan alasan nak tidurkan anak, tetapi turut sama tertidur. Ada juga yang tidur berasingan sebab isteri sudah monopouse dan pelbagai alasan lagi.

Alasan-alasan itu boleh mengundang keruntuhan dalam rumah tangga. Seharusnya semakin lama berumah tangga, semakin lebih menghargai pasangan. Ibarat kata orang desa, muda cara muda, tua cara tua.. ðŸ˜€


Sumber artikel
Adbox