Kami menyediakan khidmat untuk mereka yang ingin mencari kelainan dalam teks yang digunakan untuk sesebuah majlis perkahwinan supaya ia kelihatan segar, unik dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Kadar caj yang dikenakan bergantung kepada jenis majlis, olahan ayat, pantun dan kata-kata puitis yang akan digunakan. Kadarnya dari serendah RM150 untuk satu teks dan anda boleh gunakan tanpa had teks tersebut.
Antara contoh teks lazim yang digunakan adalah seperti di bawah bagi Majlis Perkahwinan adalah seperti di bawah :
<PANTUN KETIBAAN>
Sirih junjung berhias indah
Sekacip pinang pembuka kata
Bunga manggar kilau bercahaya
Datang berkunjung ke majlis meriah
Sejarah terukir nilai permata
Lembaran sejarah kini bermula
Hadirin sekalian, bersama-sama kita memberi tumpuan di pintu masuk utama dewan yang serba indah ini ketibaan pasangan pengantin dengan diiringi keluarga rombongan.
<SELAWAT TASLIM SEMASA DI PINTU GERBANG>
Berjalan masuk ke dewan, menuju ke pelamin yang tersergam indah di hadapan, pasangan pengantin yang cantik lagi menawan, yang segak juga rupawan, pasangan Raja Sehari;
NAMA PENGANTIN LELAKI bersama pilihan hatinya NAMA PENGANTIN PEREMPUAN
<PENGANTIN BERJALAN KE PELAMIN DIIRINGI LAGU PILIHAN>
<PENGANTIN DUDUK DI PELAMIN>
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamu `Alaikum W.B.T.
Pijat meniti di sarang kerengga
Anak murai saja berlari
Hajat hati sekalian keluarga
Hendak merai raja sehari
.........................................................
Untuk tempahan dan pertanyaan tarikh, sila hubungi kami menerusi whatsapp 011-62099363:
Terima kasih.❤️ Emcee Adam Yang Ensem ❤️
0 Comments